CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berhijab Kerana Ingin Menutup Aurat Atau Sekadar Ikut Fesyen? Bincangkan

18-3-2016 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7905| Komen: 28


Oleh : Dean BZ

Gambar sekadar hiasan.


Berhijab atau bertudung adalah wajib ke atas wanita muslim yang sudah akhil baligh. Perkembangan terbaru menunjukkan semakin ramai wanita mula berhijab dengan bermacam-macam fesyen.

Tidak salah berfesyen kerana Islam tidak melarang umatnya berfesyen asalkan menutup aurat dengan betul dan tidak keterlaluan.

Kini, pelbagai jenis tudung boleh didapati dipasaran sehingga ada yang mencecah hingga ribuan Ringgit. 


Kegilaan terhadap fesyen tudung jelas dapat dilihat bila ada yang sanggup berhabis duit hingga ribuan Ringgit semata-mata ingin mendapatkan tudung "limited edition" untuk dijadikan koleksi.

Gambar sekadar hiasan.


Lebih "hardcore" lagi hingga ada yang sanggup beratur dari malam hingga ke pagi semata-mata untuk mendapatkan tudung "limited edition".

Jadi, tudung mana satu yang menjadi pilihan anda wahai wanita? Pakailah tudung jenis apa pun, asalkan menutup aurat dengan betul dan tidak terlalu membazir. Senang cerita, ukur baju dibadan sendiri. - CARI Infonet.







*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rokarina 18-3-2016 11:50 AM

iols pakai duck scarf
Quote Mary_jane 18-3-2016 11:57 AM
Tudung saji.
Quote sabar_sabariah 18-3-2016 12:14 PM
bagi aku, sayang kuar duit banyak sangat tok tudung, baju, kasut, handbag etc
tudung aku plg mahal harga RM25
baju aku plg mahal harga RM150
kasut aku plg mahal harga RM40
beg aku plg mahal harga RM30

beli tudung memahal ni kehendak, bukan keperluan
tapi.. yelah.. ikut hati memasing
kepuasan sendiri2
diorang punye duit, orang lain boleh cakap apa
Quote Esmiria 18-3-2016 12:15 PM
aku tetap dgn pndirian aku.Tudung labuh tetap pilihan aku
Quote cherylrihanna 18-3-2016 12:20 PM
First time dgr ada brand duckscarf. Paling mahal pulak tu. Tudung retis jgk ke?
Quote ahnafnia 18-3-2016 01:05 PM
iols tudung bawal jer
Quote pia250110 18-3-2016 02:04 PM
butik muaz mane???
Quote rokarina 18-3-2016 02:50 PM
cherylrihanna replied at 18-3-2016 12:20 PM
First time dgr ada brand duckscarf. Paling mahal pulak tu. Tudung retis jgk ke?


fashion valet punya

Quote fire_place 18-3-2016 02:56 PM
Terpulang lah kot.masing2 punya taste.
Aku tudung biasa2 je,aku lg suka scarf atau bawal je.
Quote Artemesiaa 18-3-2016 03:23 PM
Lately nampak lebih kepda berfashion je, juga sebab penampilan nampak lebih ok kalau bertudung sebab rambutnya kembang bak singa aleke kalau tak bertudung.
Quote Siput_Sawah 18-3-2016 04:51 PM
Bertudung bila acik acik dah malas nak kira grey hair kat kepala....sbb tu kita blh tgk bertudung tp ber T shirt lengan pendek size S....
Quote manjalara_01 18-3-2016 06:12 PM
Siput_Sawah replied at 18-3-2016 04:51 PM
Bertudung bila acik acik dah malas nak kira grey hair kat kepala....sbb tu kita blh tgk bertudung tp ...

i pulak..x brape nak ambik port psl org len punye style...
sbb yg penting skali pd i..ialah diri sndiri punye port....
port yg paling susah skali nak jaga kadang tu...

kadang2 bile tgk org len yg bertudung terkurang sana sini...
i paham2 sndiri la...sbb i sndiri kadang susah nak cari bj yg ssuai...
dgn budget yg ade ni...

skrg ni happy sgt sbb baru dpt jumpe seluar yg sesuai...
made in bangladesh yg jual kat pasar tani..& supergiant tu..100% cotton..& x tebal..
seriously guys...sgt membantu di musim el-nino ni...mmg i x pakai jeans skrg bile kluar rumah...
Quote giyomi 18-3-2016 08:28 PM
Pakailah tudung semahal pon sepesyen manapon, klu dah muka mmg buruk pakai camne mahal pon tetap buruk hokey. Jd jgn lah nak buang duit sekadar tuk ikut trend sebaliknya pakai lah tudung kerana niat suci murni.
Quote hani85 19-3-2016 10:29 AM
Lately trend berniqab pun dah jadi fesyen kan.
Tudung jadi fesyen tu biasalah.
Actually for me tak salah pun tudung dijadikan fesyen as long as tidak jadi fashion victim.
Semua nak ikut, padahal tak mampu.
In a way its especially important untuk orang2 mcm i yang selalu keluar jumpa orang.
Perlu kemas dan presentable- that's what fashion is all about to me.
And I dont give a damn about jenama2 haruk pikuk ni, yang penting i selesa dengan apa i pakai tak kisah bawal rm10 pun.
Quote si_buta 19-3-2016 12:24 PM
Anggota wudhu bukan aurat la. Sia sia saja anda berpakaian pelik pelik...berpanas....kelihatan macam rahib pulak lagi
Quote shernazz 19-3-2016 01:25 PM
erm..aku pakai alhumaira n radiuste aja....
huhuhuhu
Quote turboturtle 19-3-2016 01:28 PM
Esmiria replied at 18-3-2016 12:15 PM
aku tetap dgn pndirian aku.Tudung labuh tetap pilihan aku

Tahniah, pedulikan apa org nk kata...
Quote turboturtle 19-3-2016 01:30 PM
Ramai yg bertudung cuma ikutan & fesyen...
Quote nab23695 19-3-2016 02:02 PM
mohabbatein replied at 18-3-2016 11:54 AM
sorry off topic..just nak tanya ni rudung apa?

lepasni keluar tudung azwan ali.haha

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085240 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top