Oleh Adib ZA
Kata orang, walau betapa susahnya masalah dan dugaan yang kita lalui, ketahuilah lebih ramai lagi yang kurang berdaya dan kesempitan daripada kita. Itulah yang dilalui oleh seorang anak muda ini. Kisah yang dimuat naik di laman Facebook ini mungkin nampak biasa-biasa bagi sesetengah orang, namun bagi mereka yang pernah merasai keperitan dalam hidup pasti terkesan dengan tindakan netizen ini. Kisahnya, seorang pakcik yang ditemui netizen ini, seolah-olah menginginkan pertolongan. Selepas ditanya, ternyata pakcik itu hanya ada RM2 sahaja dalam poketnya. Rasa sangat terharu dan tersentuh, netizen ini cuba membantunya dengan memberi makanan dan juga tambang pulang ke Sentul dari Sungai Buluh.
Katanya, dia sendiri bukanlah senang sangat waktu itu, hanya berbekalkan RM20 dalam poket, netizen ini pun ada hal yang hendak diselesaikan. Namun, rasa kasihan yang menebal, dibantunya juga pakcik itu. "Dalam poket aku ada 20 ringgit jeh nih..nak g subang lagi...takpalahh pakcik, pakcik makanlah yee.. alas perut pakcik tuh...saya ada tenaga lagi.." ujarnya. Yang lebih menyedihkan, pakcik ini dikatakan mempunyai dua orang anak perempuan, namun mereka seperti tidak mempedulikannya. Buat netizen ini, semoga tindakan anda dicontohi ramai anak muda yang lain agar lebih menyanyangi dan menghormati warga tua. Syabas kerana sanggup mengikat perut untuk membantu orang yang kurang mampu, meskipun diri sendiri pun bukanlah senang sangat. Kisah positif ini sangat-sangat perlu diviralkan dalam masyarakat yang dahagakan kebaikan dan aura positif. Semoga ia mampu menutup lompang-lompang kisah negatif yang bertebaran di laman sosial pada masa ini. - CARI Infonet |
11
Bagus |
15
Marah |
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 25-3-2016 10:56 AM
kew...kew...kew....sakai x reti guna perkataan yg betul ke...
CARI-MAMS replied at 25-3-2016 11:00 AM
budak2 zaman ni...apa pun dia ada menolong org...itu lebih penting..
saviour_09 replied at 25-3-2016 11:56 AM
memang trend sekarang ke sendiri buat baik & sendiri viral kan dalam pesbuk???
tintabiru73 replied at 25-3-2016 07:56 AM
yang penting last tu..."saya IKHLAS belanja pokcik......." pastu set untuk public kan ke duni ...
zameyla replied at 25-3-2016 11:59 AM
salah ke anak2 pak cik nie pulak...
zaman skrg nie kena dengar dari dua2 belah pihak...
ADVERTISEMENT