CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingatkan Jual Ayam Panggang, Rupanya 'Foodtruck' Ini Jual....

28-3-2016 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 20068| Komen: 185|Original author: tongkatwaran75

oleh Adib ZA

Baru-baru ini penduduk Islam di Sabak Bernam dikatakan terkejut dan juga mengecam bila mendapati adanya tindakan peniaga yang menjual daging babi secara terbuka di kawasan majoriti Islam itu. 


Penjualan makanan itu menggunakan sebuah van atau dikenali sebagai 'food truck' berlokasi di tepi jalan bertentangan premis perniagaan Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tiga bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian. 

Salah seorang penduduk yang ditemui, Mohd Aini Basri berkata dia hairan bagaimana ada peniaga yang berani menjual makanan itu di kawasan penduduk majoriti Islam, secara terbuka pula. 




Penjualan daging babi panggang itu dikatakan bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi setiap Khamis juga berlokasi hanya 10 meter daripada premis perniagaan di situ. 


“Hairan, macam mana peniaga ni berani jual daging babi di kawasan penduduk majoritinya Islam, sedangkan mereka tahu haiwan ini haram di sisi Islam."

"Ingatkan orang jual ayam panggang, tapi bila tengok daging tu dari jauh bentuknya lebih besar daripada ayam dan lepas diselidik memang daging babi,” katanya.

Justeru itu, apa pandangan anda? Adakah penjualan daging babi secara terbuka tiada masalah bagi anda, atau ia telah menyebabkan sensitiviti antara kaum di negara ini terguris? 

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin kerana Malaysia amat memerlukan keharmonian antara kaum dan agama di kala ini. Jangan dengan hanya dengan satu isu, masyarakat jadi terpecah belah. Selesaikan sebaiknya. - CARI Infonet


Sumber: Sinar Harian
6

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
53

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 26-3-2016 06:07 PM

SABAK BERNAM – Penduduk Islam di daerah ini mengecam tindakan peniaga yang menjual daging babi secara terbuka menggunakan sebuah van di tepi jalan bertentangan premis perniagaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Pekan Sabak Bernam, sejak tiga bulan lalu.

Penduduk, Mohd Aini Basri berkata, tindakan peniaga itu menyinggung sensitiviti umat Islam yang ingin menjamu selera di kedai makan di bangunan itu yang terletak kira-kira 10 meter dari tempat jualan terbabit.

Katanya, penjualan daging babi panggang setiap Khamis bermula kira-kira jam 6 pagi dan berakhir 10 pagi itu tidak menghormati sensitiviti umat Islam di kawasan berkenaan.

“Hairan, macam mana peniaga ni berani jual daging babi di kawasan penduduk majoritinya Islam, sedangkan mereka tahu haiwan ini haram di sisi Islam,” katanya.

Mohd Aini berkata, dia mula menyedari daging haiwan itu dijual di kawasan itu apabila ingin menikmati sarapan pagi di sebuah gerai MDSB di pekan terbabit.

“Ingatkan orang jual ayam panggang, tapi bila tengok daging tu dari jauh bentuknya lebih besar daripada ayam dan lepas diselidik memang daging babi,” katanya.

Menurutnya, tindakan peniaga itu memberi kesan terhadap perniagaan kedai makan berhampiran apabila jumlah pelanggan yang datang semakin merosot.

“Pelanggan dah tentu jijik dengan daging babi yang dijual secara terbuka. Kalau ini berterusan, kita bimbang pelanggan tak mahu singgah di gerai makan ni lagi,” katanya.

Sementara itu, peniaga kedai makan yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Mat’ berkata,peniaga terbabit sepatutnya peka dengan isu sensitif umat Islam.

Sehubungan itu, katanya, MDSB digesa menjalankan siasatan berhubung aduan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit.

“Tindakan segera perlu diambil agar isu ini dapat diselesaikan,” katanya.- Sinarharian


p/s jual kat kwsn komuniti Islam mmg la sensitif...

Quote tongkatwaran75 26-3-2016 06:09 PM
mcm senario kat bali pulak, babi golek melambak2...
lalu jer mesti mcm nak termuntah dek baunya...
Quote mak_wa95 26-3-2016 06:14 PM
pegang anjing happy jer..puji..

jual babi tahu sensitif pula..
Quote mokcikKSKB 26-3-2016 06:16 PM
biarlah dia nk jual babi pon. bukan paksa korang beli pon. bukan kena samak pon kalau kena asap bbq dia. org melayu sjung ni cubalah dok kt sabah swak ni. belajar toleransi sikit...tah pape perangai sekor sekor.
Quote pearl.silver 26-3-2016 06:23 PM
rasa macam melebih2 pulak tahap sensitiviti terhadap babi ni...
Quote tongkatwaran75 26-3-2016 06:27 PM
Biarlah majoriti penduduk disitu buat keputusan apa yang baik & buruk buat dorang. yg kita nak jadi pembela babi tu pehal pulak...
Quote namr 26-3-2016 06:27 PM
Alahai..depa tak paksa korang beli pung..
Toksah la over sgt.
Quote tongkatwaran75 26-3-2016 06:28 PM
kang mesti ada yg komen camnie...
Babi haram, rasuah boleh pulak...
Quote sofiazara 26-3-2016 06:31 PM
iyekk..geli
Quote Atifan 26-3-2016 06:33 PM
bukannya masuk dlm pinggan pon..apasal nk geli pulak..kadang2 xfhm kenapa yg sensitip s. ntah
Quote FOTHER-MUCKER 26-3-2016 06:37 PM
Wow...sungguh terhina bangsa yang makan babi, siap panggil jijik lagi tu.  

Apa yang special sangat dengan setengah bangsa Melayu ni? Sehingga melebalkan makanan orang lain sebagai jijik?

Adakah Mereka jadi seperti tu disebabkan agama?

Adakah Mereka jadi seperti tu kerana di brainwash?

Adakah Mereka jadi seperti tu kerana tidak pernah bercampur dengan bangsa lain?

Ataupun adakah mereka jadi seperti tu disebabkan tidak pernah melihat dunia luar?

Quote FOTHER-MUCKER 26-3-2016 06:40 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-3-2016 11:09 AM

Disebabkan oleh mereka mereka ini lah yang kekonomya lebih Islam dari orang Islam lain?, .....maka ada setengah Melayu sudah fedup dengan cara pembawaan agama Islam oleh mereka ni di Malaysia.
Quote AbukRokok 26-3-2016 06:41 PM
apsàl jual kt situ? ada cina ka? ka ada melayu yg order jugak?
Quote ultra78 26-3-2016 06:43 PM
tongkatwaran75 replied at 26-3-2016 06:09 PM
mcm senario kat bali pulak, babi golek melambak2...
lalu jer mesti mcm nak termuntah dek baunya...: ...

Majoriti penduduk bali adalah hindu
Quote tongkatwaran75 26-3-2016 06:56 PM
ultra78 replied at 26-3-2016 06:43 PM
Majoriti penduduk bali adalah hindu

nampak tak ...
itu la jawapannya...
Majority rules..
Quote MeghanK 26-3-2016 06:57 PM
teringat masa kat penang 10 tahun dulu, kat pasar pagi, belah depan melayu berniaga, belah belakang cina berniaga siap babi golek babi panggang semua cukup..takde pulak bangsa melayu nak terhina masa tu..padahal kawasan pasar pagi tu pon bukan nya besar mana..boleh je bercampur

bangsa melayu sekarang ni ingatkan bila negara semakin maju makin berkembang otak nya tapi ternyata otak mereka semakin sempit..sikit2 terhina pastu nak paksa bangsa dan agama lain ikut dorang..ternyata pelajaran tinggi tak menjamin otak boleh fikir secara logik..asal nampak babi je jijik haram bagai..melebih2 pulak

Quote tongkatwaran75 26-3-2016 07:05 PM
MeghanK replied at 26-3-2016 06:57 PM
teringat masa kat penang 10 tahun dulu, kat pasar pagi, belah depan melayu berniaga, belah belakang  ...

bukan di pasar diasingkan ruang jual babi...

Quote noor2 26-3-2016 07:07 PM
Teruknya melayu....
Quote ka6_jeram 26-3-2016 07:07 PM
Kat belakang rumah aku byk Babi hutan, adakah aku perlu menyamak satu kebun kelapa sawit?

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.095082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top