Oleh Izzah Abbasy
Apabila sudah berkahwin, tak semestinya bahagia dan indah selalu. Pasti ada pasang surutnya. Lumrah kehidupan rumah tangga. Mungkin ada suami yang berasa pelik apabila isteri kadang-kadang marah-marah apabila anda pulang dari kerja. Sedangkan bagi anda, apabila anda balik rumah, semua perkara telah disediakan oleh isteri dan menganggap rumah ibarat syurga. Anda sebagai suami perlu tahu kenapa si isteri bersikap marah atau asyik tertekan. Jom ambil tahu kenapa si isteri sering 'stress'. 1. Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.” Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok. 2. Tertekan dengan penilaian orang lain Wanita akan rasa tertekan apabila penampilan suami di tempat kerja dan anak di sekolah. Sekiranya tidak kemas dan tidak elok, orang akan menyangka mereka tidak menjaga minum pakaian suami dan anak-anak. 3. Suara hati isteri lebih tajam Suami mungkin tidak perasaan pandangan keluarga sekiranya lambat hadir ke majlis atau kenduri keluarga. Ini salah satu penyebab stres kerana isteri faham akan pandangan ahli keluarga mertua sekiranya anda lambat sampai. Disebabkan itu kadang-kadang isteri marah kalau terlambat atau tidak menepati masa. 4. Selalu tak cukup tidur Seperti diketahui manusia memang memerlukan tidur yang cukup. Jika tidak cukup tidur, semua perkara tergendala. Isteri perlu tidur yang cukup kerana mereka penat menguruskan rumah tangga. Kalau boleh suami tolong-tolonglah juga terutama apabila anak anda menangis ditengah malam. 5. Melaksanakan kerja rumah sangat penting Isteri akan pastikan keadaan rumah kemas. Apa juga keadaan, mereka akan pastikan rumah tidak berselerak. Ini dikira seperti markah buat isteri yang mana mereka dinilai dalam menguruskan rumah tangga. 6. Suami tidak memahami Pernah atau tidak anda pulang dari kerja tiba-tiba anda minta itu ini dari isteri. Kemudian di dapur ada bunyi bising seperti keletung keletang. Itu tandanya isteri sedang menunjukkan emosinya. Jadi silalah bantu dan jangan meminta sahaja. 7. Isteri memiliki darah jenis A Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat terperinci. Jadi dia sangat terbeban dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau bersepah. Suami pula boleh melihat perkara ini seawal perkahwinan lagi. Jika dia sentiasa mengemas sebaiknya suami jangan sepahkan. Jika tidak isteri boleh stres. Kredit : Vanilla Kismis
|
8
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT