Oleh : Dean BZ
Pelakon Sharifah Sakinah yang berkahwin pada awal tahun lalu telah mengalami keguguran baru-baru ini. “Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami, Aliff Adha turut berperasaan sama,” katanya kepada Berita Harian. Kata pelakon itu lagi, walaupun bayi yang dikandung beliau hanya dipinjamkan dalam tempoh yang begitu singkat, tetapi ia cukup memberi kenangan indah bagi pasangan ini. Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana ingin meneruskan pengajian didalam kursus kecerdasan di luar negara.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru dalam kerjayanya, beliau berkata baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Wau Kasih yang dijangka menemui penonton sebuah saluran berbayar sekitar Mei depan. Takziah diucapkan. Kami warga Cari Infonet berharap Sakinah dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. - CARI Infonet. Sumber- BeritaHarian/rotikaya |
chinta89 replied at 31-3-2016 10:32 AM
mcm x sedih sgt sb dia pun xde nk anak lagi..
Esmiria replied at 31-3-2016 11:00 AM
iolls dh thu psl.ni semlm.btw chinta,u nak ank awal x bila kawen t.huhuhu
ADVERTISEMENT