Oleh Izzah Abbasy
Kadang-kadang ada betulnya juga bila lihat pada 'pemasaran' butik-butik tudung terkini. Seakan tak masuk akal apabila pelanggan terpaksa tidur, menunggu lama di hadapan butik, berebut-rebut dan sebagainya sehingga menjadi tanda tanya kenapalah buat pelanggan sebegitu? Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran, bagi membeli tudung, pelakon dan pengacara terkenal Wardina Safiyyah tampil dengan pandangannya terhadap sikap pemilik butik tudung popular yang hanya mempergunakan pelanggan setia mereka untuk mendapat tudung pada hari jualan murah mereka. Hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain. Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda. Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love. Bukan sahaja Wardina, kebanyakan netizen juga mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran. - CARI Infonet
Inilah salah satu video yang mungkin diperkatakan oleh Wardina : Loading FB Post... |
6
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
stania83 replied at 3-4-2016 03:19 PM
le korang tatau kee. ini orang orang yg dibayar fareeda sebagai gimik. mat rempit mane tah dia kutip ...
dahlamadah.. replied at 3-4-2016 03:14 PM
tempat kejadian ni kat butik di shah alam ke?
tapi butik kat wilayah utagha ni mcm tenang jerrr.. ...
kelibat replied at 3-4-2016 03:08 PM
hai..tak tahu thread ni dah ade ke belum..tp td scroll2 TL terjumpa pulak ni..
kiwimasam replied at 3-4-2016 03:32 PM
Tak silap iolls ini dekat bandar baru bangi.
ADVERTISEMENT