Oleh : TS LOO Pasangan pelakon, Linda Rafar dan Syed Aiman, menyambut kelahiran anak ketiga mereka, di Hospital Gleneagles, Ampang, kira-kira 2.05 petang Jumaat lalu.
Bayi lelaki seberat 2.85 kilogram terbabit selamat dilahirkan menerusi pembedahan. "Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami berada di hospital sejak 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda dimasukkan ke dewan pembedahan. Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin," kata Syed Aiman.
"Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda," katanya. Aiman nyata cukup teruja dengan kehadiran anggota terbaharu dalam keluarga mereka. Linda dan Aiman sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq, masing-masing berusia 8 dan 5 tahun. Pasangan selebriti ini berkahwin pada 2006.- CARI Infonet sumber:BHOnline |
17
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ALDRIN replied at 9-4-2016 08:21 AM
Sheols laki bini keje apa selain berlakon eh? berlakon sendu, nk kata jd Duta pon sendu utk produk2 ...
ADVERTISEMENT