Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah untuk meraih kejuaraan ke-11 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir saingan itu, hari ini. Chong Wei menempah slot ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-14 ke atas pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark pada aksi separuh akhir berlangsung selama 35 minit di Stadium Malawati, hari Sabtu. Pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan jaguh China, Chen Long, yang juga pemain nombor satu dunia, pada perlawanan akhir, esok. Chen Long mara ke pentas final selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19 dan 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Untuk rekod 23 pertemuan, Chong Wei memenangi 11 perlawanan manakala Chen Long berkelebihan satu kemenangan.
baca selanjutnya - Chong Wei Selangkah Lagi Raih Gelaran Ke-11 Terbuka Malaysia Sumber - Bernama
|
24
Bagus |
33
Marah |
39
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adel7 replied at 9-4-2016 11:39 PM
lebih tertarik dgn permainan mixed double malaysia tadi. pape pun good luck final esok
CiliPadiSedap replied at 10-4-2016 12:38 PM
tv brape ye chong wei lawan chen long?
Glass_shoes replied at 10-4-2016 12:42 PM
Tv1 @ astro arena
CiliPadiSedap replied at 10-4-2016 03:06 PM
jam brape ye??
ADVERTISEMENT