Oleh Adib Za Cadangan untuk pembinaan Projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang akan membabitkan penerokaan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Sungai Putih di Ampang mendapat tentangan hebat daripada kumpulan pencinta alam sekitar.
Mereka terdiri daripada kumpulan 'Save Green Lungs', Persatuan Pendaki Bukit Ampang serta penduduk-penduduk setempat. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Tiew Way Keng, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengeluarkan notis bahawa status Hutan Simpan yang terbabit dalam projek pembinaan lebuh raya berkenaan akan dikeluarkan daripada Hutan Simpan Bukit Sungai Putih. "Kami akan hantar semua tandatangan yang telah kami kumpulkan dalam bulan lepas, kepada Jabatan Perhutanan, pada Selasa pukul 10 pagi. Menurut sebuah notis oleh Jabatan Perhutanan, mereka akan mengambil status hutan simpan dari sebahagian daripada Bukit Sungai Putih. "Itu adalah berita yang sangat mengejutkan untuk kita semua kerana Bukit Sungai Putih adalah satu-satunya bukit di pusat bandar yang membolehkan penduduk untuk pergi untuk mendaki dan sebuah tempat untuk mengekalkan ekosistem di pusat bandar," kata Tiew. - CARI Infonet
Sumber: Bernama / Astro Awani |
jengkoil replied at 11-4-2016 08:56 AM
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan...
jengkoil replied at 11-4-2016 08:56 AM
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan...
jengkoil replied at 11-4-2016 08:56 AM
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan...
jengkoil replied at 11-4-2016 08:56 AM
Dah duke mesti laa nak ada suke..baru la belen...
suke duke kehidupan...
-electrifying- replied at 11-4-2016 10:53 AM
rasa mcm semak je nanti, dh la aku stay area2 y dimention kan
rashiman replied at 11-4-2016 12:31 PM
jika tak buat, jalan sedia ada akan semakin semak.
rasanya..eloklah buat...kurang sikit semak kat ...
ADVERTISEMENT