CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Tengok Wayang!Kelantan Bakal Ada Pawagam Pertama Julai Ini

14-4-2016 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4036| Komen: 17


Oleh Fyruz Hanna

Panggung wayang pertama seumpamanya akan beroperasi pada Julai 2016 di Kelantan. Ini menjadikan ia pawagam pertama di negeri cik siti wan kembang itu.

Bagaimanapun, penggung tersebut akan memenuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara spesifik.

Kelantan sebelum ini merupakan negeri yang bebas pawagam selepas 20 tahun tidak mempunyai panggung wayang dibawah pemerintahan PAS.


Setakat ini seperti yang dilaporkan, tiada filem yang akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan dan malam jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, laporan berhubung kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.

“Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya lapor Sinar Harian.

Tak sabar nak nantikan pawagam baru di Pantai Timur itu. -CARI Infonet.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 14-4-2016 01:07 PM
surambi darul mukah...wayang sndri2 jelah...dalam hutan cukup
Quote tranamar 14-4-2016 01:25 PM
Benarkah? Hhuhu
Quote comel91 14-4-2016 01:40 PM

tunggu julai ni kay.. hahaha jgn lupe ajak comel..
Quote abbyhoney 14-4-2016 05:23 PM
Kelantan tidak pernah keluarkan kelulusan buka pawagam

APRIL 14, 2016 BY UPKN        IN KELANTAN  · 0 COMMENT     
KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak bagi mewujudkan pawagam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kenyataan itu membuktikan kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.

“Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai viral di laman sosial Facebook yang mendakwa Paragon Cinema akan diwujudkan di pasar raya besar, KB Mall dan mula beroperasi Julai ini.

Abdul fattah berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima permohonan bagi mewujudkan pawagam di negeri ini asalkan pihak tersebut sudi mematuhi syarat wajib yang telah ditetapkan. [SINAR HARIAN]
Quote cik_tonggek 14-4-2016 05:31 PM
abbyhoney replied at 14-4-2016 05:23 PM
Kelantan tidak pernah keluarkan kelulusan buka pawagam

APRIL 14, 2016 BY UPKN        IN KELANTAN  · 0 C ...

tahnye falsu katanye

Quote revolusi_30 14-4-2016 05:36 PM
Bukak pawagam pun x boleh.....apalah Kelantan ..satu lagi kuala Terengganu  
Quote nazraku 14-4-2016 05:44 PM
revolusi_30 replied at 14-4-2016 05:36 PM
Bukak pawagam pun x boleh.....apalah Kelantan ..satu lagi kuala Terengganu

Jangan risau sis KT confirm ada 11 halls kat PB Sentral..tunggu siap je
Quote revolusi_30 14-4-2016 05:54 PM
nazraku replied at 14-4-2016 05:44 PM
Jangan risau sis KT confirm ada 11 halls kat PB Sentral..tunggu siap je

PB tu apa sis
Quote nazraku 14-4-2016 05:58 PM
revolusi_30 replied at 14-4-2016 05:54 PM
PB tu apa sis


Paya bunga nama tempat kat situ..sis jangan gelak hokey..hihi
Quote Bateesta 14-4-2016 06:22 PM
dengarnya smua movie yg akan ditayangkan di panggung wayang syariah compliance ini akn didubbing ke dalam bahasa arab , betul ke







































Quote UmbrellaCorps 14-4-2016 07:41 PM
jo lo ko...
btw, dulu2 tahun 90an ada doh panggung wayang.. tepi sungai panggil gapo doh panggung dio... tak ingat.
Quote ultra78 14-4-2016 08:09 PM
Melalaikan aje panggung wayang ni, baik pergi masjid dengar kuliah agama atau bertasbih atas sejadah.

Itulah orang-orang tua mahu golongan muda buat padahal pada zaman mereka muda-muda dulu lagi galak.

Quote edee_91 14-4-2016 08:15 PM
masyaawloh... mintak simpanglah... janganlah ada panggung wayang dekat kelantan.
Quote liesl 15-4-2016 09:26 AM
this is 21st century already come on
Quote comel91 15-4-2016 12:33 PM
so tipu je ke? memang salah eh ade panggung wayang?? soory noob
Quote abbyhoney 15-4-2016 02:09 PM
UmbrellaCorps replied at 14-4-2016 07:41 PM
jo lo ko...
btw, dulu2 tahun 90an ada doh panggung wayang.. tepi sungai panggil gapo doh panggung  ...

panggung lido kot...
Quote PE-DX03 15-4-2016 02:12 PM
this is pantai timur...2016 still discussing can open or cannot panggong wayang? haiya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061824 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top