CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Sesekali Tahan Kencing, banyak keburukannya!

18-4-2016 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5185| Komen: 5




Tabiat menahan kencing sering dilakukan oleh masyarakat kita, tidak kira peringkat umur. Maklumlah, keinginan membuang air kecil ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Kadang-kadang waktu sedang sibuk bekerja, ketika memandu, bermain game online dan sebagainya.

Tak apa, biarlah dulu, tunggu sampai betul-betul dah tak tahan barulah pergi tandas! Lazimnya ia berpunca daripada malas nak ke tandas sebab jauh, tidak ada masa kerana sibuk memberi tumpuan pada kerja dan ada juga yang hanya ambil mudah tentang perkara ini.


Namun tahukah anda, tabiat ini boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan kita?




1. Menahan pembuangan sisa kotoran dalam tubuh
Siapa yang nak kotoran ada dalam tubuh mereka? semua mesti tak nak. Tapi jika anda menahan daripada membuang air kecil, bermakna anda telah membiarkan kotoran terbiar lama dalam tubuh. Ini akan menyebabkan jangkitan lain terhadap tubuh anda daripada zat-zat berbahaya yang terdapat kotoran itu.





2. Merosakkan organ pencernaan
Organ pencernaan terdiri daripada buah pinggang, pundi kencing dan saluran kencing. Apabila anda tahan waktu buang air kecil anda, organ-organ ini akan turut terjejas dan terganggu fungsinya. Makin lama, tabiat ini akan merosakkan organ-organ tersebut dan mendatangkan penyakit lain.


3. Jangkitan pada buah pinggang
Kenapa kencing aku berdarah ni? Puncanya sebab anda suka tahan buang air kecil. Ini terjadi kerana pengumpulan air kencing yang sarat dengan kotoran di buah pinggang anda sehingga menyebabkan jangkitan, sehingga menyebabkan kencing anda berdarah.




4. Penyakit batu karang
Yang pernah kena pasti akan tahu derita sakit batu karang ini. Ia terjadi disebabkan pengumpulan air kencing dan mengeras sehingga membentuk seperti batu kristal. Batu karang akan menyumbat saluran kencing anda, sehingga sukar untuk kencing dan sangat sakit.



5. Sakit ketika membuang air kecil
Ini disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing anda. Ia akan menyebabkan anda sakit sepanjang membuang air kecil dan ada situasi terjadi anda akan sangat sakit di bahagian kepala penis ketika hendak habis buang air kecil.


Ingat, sikap mengambil mudah, akhirnya yang menyusahkan adalah diri sendiri. 




sumber : http://www.kiambangmerah.com/2016/03/bahaya-tahan-kencing.html
4

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemon_juice 18-7-2016 07:31 PM
Betoi tu! Iols dah pernah rs mmg azab sgguh weh.kome kalo dah rs nk terkencing tu p je la kencing.kang kalo longkang tersumbat mmg nyesal x sudah..huhu
Quote mrsjones 19-7-2016 09:34 AM
yg kena batu karang tu betul.. abang i selalu tahan kencing due to his wotk nature. so mmg dpt la. skrg tgh buat treatment.
siapa yg nak kencing lawas, blh mkn lobak putih byk2
Quote swimswim 6-5-2017 11:06 AM
selalu malas nak pergi tandas sbb tak mo seluar basah ahahaha
Quote bellxx 7-5-2017 03:09 PM
aku ni mmg jenis suka tahan kencing huaaaaaa sbb time nak keluar rumahh lah baru nak rasaa kencing ... yachhhh
Quote bellxx 7-5-2017 03:09 PM
aku ni mmg jenis suka tahan kencing huaaaaaa sbb time nak keluar rumahh lah baru nak rasaa kencing ... yachhhh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061168 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top