CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Sifat Wanita Yang Membuatkan Lelaki "Cinta Mati"

20-4-2016 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12882| Komen: 6


Oleh : Dean BZ


Sista, nak tarik perhatian lelaki senang je tak perlu muka cantik sangat pun. Kebanyakkan lelaki tak memandang kecantikan semata-mata tetapi perangai dan sifat yang ada pada diri seseorang wanita.

Enam ciri-ciri ini selalunya menjadi buruan lelaki dalam mencari pasangan hidup. Percayalah jika sista ada ciri-ciri ini, si dia pasti "cinta mati" pada sista semua. Bila dah "cinta mati" faham-faham saja lah, maksudnya cinta hingga ke mati dan tak mungkin ada cinta lain selepas itu. Beruntung kan!

Tapi mari kita periksa dulu adakah 6 ciri-ciri ini ada pada anda. 


1. Lemah-lembut
Wanita yang lemah lembut tak hanya disukai oleh teman-temannya tetapi juga boleh membuatkan lelaki tertarik. Lelaki sangat benci wanita yang kasar dan apabila berbicara cenderung tidak sopan. Bagi lelaki, wanita yang lemah lembut merupakan cermin kepada peribadi wanita tersebut.


2. Prihatin
Tidak hanya wanita yang inginkan perhatian tetapi lelaki juga menginginkan perhatian sehingga tak hairan apabila lelaki akan tangkap leleh dan tergila-gilakan wanita yang memiliki sifat "caring". Walaupun perhatian yang diberikan oleh wanita itu hanya biasa-biasa seperti saat lelaki sedang sakit, wanita itu hanya belikan ubat atau masakkan bubur sudah lebih dari cukup.

3. Penyabar
Lelaki mana yang tak tergila-gilakan wanita penyabar. Sifat penyabar boleh memperkuatkan lagi hubungan dan menjauhkan dari hal-hal negatif yang boleh merosakkan jalinan cinta anda dan pasangan. Jadi, bagi wanita jika ingin menarik perhatian lelaki maka milikilah sifat sabar, bukan buat-buat sabar tapi ikhlas dari hati.


4. Bersederhana
Bagi sesetengah wanita untuk menarik perhatian lelaki mereka kadang-kadang ingin menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang mampu miliki barang mahal dan makan di restoran mewah. Namun tahukah anda bahawa hal tersebut salah  kerana ternyata lelaki lebih menyukai wanita yang sederhana dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

5. Jaga kecantikan
Sudah tentu kecantikan adalah tarikan utama buat lelaki. Nah, untuk membuat lelaki jatuh cinta dan cinta mati kepada anda maka pandai-pandailah menjaga kecantikan tubuh dan wajah kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang bersih dan pandai bergaya. 

6. Matang dan bijak
Bersikap matang dan bijak merupakan salah satu ciri-ciri wanita yang digilai oleh kaum lelaki. Lelaki sangat benci dengan wanita yang keanak-anakan (gedik) dan tidak pandai berdikari sehingga jangan hairan apabila ada wanita yang susah dapatkan jodoh jika memiliki sifat tersebut walaupun berwajah cantik.

Kadang-kadang kita sering bertanya, mengapa hubungan cinta kita sebelum ini sering gagal. Benar, takdir adalah takdir tetapi sikap kita juga mendorong ke arah kegagalan dalam perhubungan. Jika tidak mahu gagal lagi, milikilah  ciri-ciri wanita diatas.....sempurnakan dirimu wahai sista. - CARI Infonet.




Sumber - beringaz.com
10

Bagus
5

Marah

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 20-4-2016 05:38 PM
Yeler tuu

Caring kalu dikatanyer semakkkk!!!Bio berjodohan dengan robot jah

Demand macam macam, macam ler ko tu perfect sanggatt!! Sebaiknyer terima seadanyerr, kalu tak boleh jalan juga, tak jive ler tu, cari jer partner lain yang soleh dan berkualiti, ader jodoh ader, tader jodoh kalu mati ler kat umah orang orang tua
Quote missDollie 20-4-2016 06:39 PM
Hahaha..betul tu..ada je kan alasan nak curang..
Quote Dwdrum 21-4-2016 11:36 PM
Cinta mati a part of obsession.
Quote babydoll 25-4-2016 02:13 PM
Kak.Nah.Bosan replied at 20-4-2016 06:28 PM
usahlah menipu..bagi ler 10 ciri pun kalau jantan tu jenis gatai dia tinggal jugek.. belum dapat b ...

ahhaahhaah!! betul tu kak nah. tepat skali!
Quote Aiira 3-5-2016 12:37 AM
Takde istilah Cinta Mati selagi mana lelaki tu bermati-matian nak jugak pergi dekat perempuan lain walaupun 6 syarat dah cukup.
Pendek kata, lelaki selagi tak jumpa apa yang dia nak selagi tu dia test market.
Quote FARRAZOOL 27-5-2016 01:13 PM
Cinta mati????:zz

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039919 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top