CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pyongyang Bersedia Serang Seoul, Amerika Syarikat

25-4-2016 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4074| Komen: 19



sumber foto:http://data1.ibtimes.co.in/


Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengumumkan kejayaan negara ini melancarkan ujian peluru berpandu balistik menerusi sebuah kapal selam Sabtu lalu, sekali gus memberi amaran tentang keupayaan republik ini untuk menyerang Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada bila-bila masa.


Agensi berita Pyongyang, KCNA melaporkan, ujian berkenaan yang diadakan di Laut Jepun dipantau sendiri oleh Jong-un.


Namun, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mendakwa ujian terbabit gagal kerana misil tersebut hanya mencapai jarak 30 kilometer.


Agensi berita KCNA memetik kenyataan pemimpin Korea Utara tersebut sebagai berkata, Pyongyang kini mampu menyerang Korea Selatan dan AS pada bila-bila masa.


sumber foto: http://news-express.in/


Ekoran ujian peluru berpandu terbaharu itu, AS dan Britain mengecam tindakan Pyongyang yang secara jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggesa republik tersebut agar tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau. 


Korea Utara setakat ini telah dikenakan pelbagai sekatan yang lebih ketat susulan kedegilan- Pyongyang meneruskan ujian nuklear dan peluru berpandu jarak jauh pada awal Januari dan Februari lalu. 



Dalam perkembangan berasingan, Menteri Luar Korea Utara, Ri Su-yong berkata, Pyongyang sedia menghentikan ujian nuklear sekiranya AS menghentikan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan yang diadakan setiap tahun.- CARI Infonet




sumber berita: http://www.utusan.com.my/
1

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 25-4-2016 09:46 AM
Suka swmbang kencang jgk ni kn..
Quote taji2906 25-4-2016 09:49 AM
mcm xde apa pun korea utara ni langgar peraturan... PBB dok kecam, kutuk, gesa, tu je la... potpet2...
si jong un tu tunjuk gak kuasa dia...
Quote ChildrenOfBodom 25-4-2016 09:53 AM
dah pat kurun dah dok dgr nk serang tak serang2 pon. sembang kencang mcm jowo jdt gak, kim jong un tu pon gemok pendek mcm mael,.
Quote kumbang7 25-4-2016 10:13 AM
sembang lebat..
Quote saladin780 25-4-2016 10:15 AM
acah2 nakkan perhatian je korea utara ni..xdenya dia nak serang betul2 pun
Quote tomatome 25-4-2016 10:17 AM
ChildrenOfBodom replied at 25-4-2016 09:53 AM
dah pat kurun dah dok dgr nk serang tak serang2 pon. sembang kencang mcm jowo jdt gak, kim jong un t ...

Kahkahkah memang win.. Beza mata mail je x bape bk sepet
Quote kelapaparut 25-4-2016 10:19 AM
Syukurlah msia bwh najib,aman makmur sentosa
Quote EJALTI 25-4-2016 10:20 AM
ChildrenOfBodom replied at 25-4-2016 01:53 AM
dah pat kurun dah dok dgr nk serang tak serang2 pon. sembang kencang mcm jowo jdt gak, kim jong un t ...

Tu la pasal.....sejak 'berkurun' lamanya cakap nak serang Seoul....
Orang2 kat Seoul relax2 jerk makan kimchi sesambil layan kpop bagai....
Quote jofizo 25-4-2016 10:23 AM
sembang jer la....
Quote dino 25-4-2016 10:25 AM
Glass_shoes replied at 25-4-2016 09:46 AM
Suka swmbang kencang jgk ni kn..

kelako..... diorg punya ujian slalu gagal.... tgk ujian tu cam bdk2 main2 je
Quote Glass_shoes 25-4-2016 10:28 AM
dino replied at 25-4-2016 10:25 AM
kelako..... diorg punya ujian slalu gagal.... tgk ujian tu cam bdk2 main2 je

Boleh la jirankan dgn yindon ni
Quote AbukRokok 25-4-2016 10:36 AM
tu nmanya propaganda... psycology warfare... kim jong un pun sdri xnk perang.
Quote SissySembah 25-4-2016 10:50 AM
selayak nya lah dgn kpork. tak sabar akak nak lehat kpork hancur, kalau boleh sekali ajieb hyunmin itu
Quote -electrifying- 25-4-2016 11:45 AM
dorg ni xnk jatuhkan si gemok ni ke?
Quote Bateesta 25-4-2016 11:57 AM
kalau nak serang , mana ada org ckap dulu

org serang je trus kalau berani

jgn jd mcm najib , gempak ckp org sana-sini fitnah dia kaki rasuah dan penyamun , suruh saman , kecut sampai skrg tak berani saman
Quote kerunai 25-4-2016 12:16 PM
balistik ni jangan main2 ooo ...kalo xde air support mmg lunyai kena serang
Quote the_killer 25-4-2016 12:20 PM
kerunai replied at 25-4-2016 12:16 PM
balistik ni jangan main2 ooo ...kalo xde air support mmg lunyai kena serang

sistem penangkis memang ada mcm patriot, A-135, David Sling, Arrow 3, S500
Quote arinieva 25-4-2016 01:06 PM
nape dia jaki sgt dgn korea selatan?
Quote revoc 25-4-2016 02:04 PM
serang le pearl harbor tuh
lau nk jadi iwo-jima 2.0

..................selama dia idup,mcam raja dh..........lau nk lepaskan suma tu,nk jadi cam gadafi,buat le

die nih........bila aku tngok......mcam retard giant infant..........terencat gitu......baby yg dibesarkan alat Szalinski

tpi,bgos nya,giant baby nih,obses gile ngan nuklear......bgos ar,dari segi tuh,die mcm memperkukuhkn sovereignty dia......nuclear nih unequalled sovereignty...da mcam ala ala dpat kuasa veto gitu....lantak pi la international kata apa............mana ade courts kat dunia supercede sovereign.......hebat la gak.....north korea nih.....negara isolated gitu,sensorang,dpat smpai wat nuklear

tpi,komen komen kat intenet............kata ade org anta material nuklear tu sume

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056803 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top