Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Pemberian bonus raya bagi penjawat awam di Selangor bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Untuk perkhidmatan awam, kita akan menunggu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengumuman bonus raya. “Jika berlaku, kerajaan negeri akan bersama-sama memberikan bonus raya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam. Menurutnya, kadar pemberian bonus tersebut sama ada sebulan gaji atau setengah bulan gaji juga bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, namun kakitangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Selangor bakal menerima sebulan gaji. Dalam sidang media yang sama, Abdul Khalid turut menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu blogger seks Alvin dan Vivian yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosialnya.
“Kerajaan negeri berpendapat, perkara berkenaan tidak boleh dilakukan kerana salah satu sifat terbaik dalam agama ialah menghormati agama sendiri dan agama penganut lain. “Tingkah laku dan tindakan merendahkan (agama lain) itu tidak sepatutnya dilakukan,” katanya. |
6
Bagus |
6
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok posted on 18-7-2013 02:26 PM
aikkkk sebelum ni ok je buat tanpa tggu JPA?
yela mentang2 dah menang kan
zorrro_03 posted on 18-7-2013 03:00 PM
aku rasa ayat ko terbalik. 'kalau org bebal tak nampak agenda mb khalid ni'. boleh gitu? ...
AbukRokok posted on 18-7-2013 02:26 PM
aikkkk sebelum ni ok je buat tanpa tggu JPA?
yela mentang2 dah menang kan
kuya posted on 18-7-2013 09:50 PM
najib asik kena aje masa announce bonus raya... kalu dia announce 400... pr state bagi lebih 100.... ...
ADVERTISEMENT