CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fizo Mawar Dikecam Lagi! Kali Ini Kerana Video Rebut Kopi Percuma

3-5-2016 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 27220| Komen: 188|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Belumpun reda isu mengenai perebutan tudung keluaran Fareeda tersebar dan mendapat maklum balas negatif daripada ramai pihak, kali ini pula Fizo Omar dan isteri, Mawar sekali lagi menghangatkan suasana apabila sebuah video menunjukkan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.



Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.

Berikutan itu sebuah video telah dimuat naik di laman Facebook menunjukan orang ramai, bercampur lelaki perempuan mula bertindak ganas dengan mengasak dan merempuh pihak RELA yang menjaga kawasan terbabit untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

Bagaimanapun, penyebaran video berkenaan sekali lagi mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari. Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Namun begitu, setakat ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

Adakah kritikan yang dibuat oleh individu ternama tidak berjaya membuatkan Fizo Mawar lebih peka dengan apa yang terjadi?

Bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja nasihat oleh orang ramai kepada pasangan ini. Walaupun ia merupakan strategi pemasaran, tetapi ia tak ubah seperti berada di pasar malam. 

Diharap selepas ini pihak pengurusan Fareeda mungkin boleh memikirkan cara yang lebih efektif dan sistematik untuk memasarkan sesuatu produk terbaru sebelum berterusan menjadi bahan kritikan. - CARI Infonet








Berikut adalah komen netizen :




Kredit Info : Rotikaya

Kredit Foto : Fizo Mawar Kitchen


27

Bagus
25

Marah
17

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 3-5-2016 11:52 AM
sunyinya di sini ..
Quote silampumeja 3-5-2016 11:53 AM
Astarghfirullahalazim. Tak serik serik. Buat strategi mengarut ngatut... Tak kisahla klu nak kate creative inovative ke bagai, bukan soal brebut laki perempuan aje...soal keselamatan dan kesihatan org yg duk berebut tu... Maumye pengsan terus mati, tak pasal ::
Quote iloveyou 3-5-2016 11:53 AM
cm kne rasukkkk .. dah tgk video tu kt fb .. tah pape
Quote fzbos 3-5-2016 11:55 AM
motip p upload video ni pasaipa pon aku x tau..da mcm pelarian aku tgk
Quote meteorspeed 3-5-2016 12:02 PM
hadap sangat rakyat malaysia nie barangan free.aku tgk dah mcm peminta sedekah dah duk berpusu-pusu..sorry iols terhencap jap...

pada fareddah kalu nak bagi bagi la ngan bermaruah..jgn nak hadap video org terlampau lapar nak produk ko
Quote batman_2007 3-5-2016 12:02 PM
Sanggup upload vid bodoh gini semata nk up biz.. Urgghh.

Quote batman_2007 3-5-2016 12:02 PM
Sanggup upload vid bodoh gini semata nk up biz.. Urgghh.

Quote mohdcrow 3-5-2016 12:03 PM
takyah jawab la fizo...gua tau dah jawapan lu
Quote user2012 3-5-2016 12:21 PM
Kenapa salahkan depa walhal yang kemaruk hadap sangat adalah mackcik2/budak2 pprt itu?
Quote missHIJAU 3-5-2016 12:25 PM
hadap sgt nk kopi free..
Quote kiahkau 3-5-2016 12:28 PM
Aku pelik betol la.. Paakian lain mcm jovian,ashannas, bella ammara,buat jgk mcm ni..tp diaorg semua xde berebut mcm pafidah ni..

Lps tu yg meroyan berebut mcm budak x cukup zat semua muka makcik2 pprt..   sorry la nokss.. Terpaksa ckp..
Quote prettyuglybabe 3-5-2016 12:29 PM
klu tengok mcm tak ramai pun..
entah betul dorang upah orang untuk buat rempuh-rempuh bagai tu..
genuine buyer beberapa orang je terselit sekali
Quote Mizlyn 3-5-2016 12:29 PM
pasai pa i tgk kat luar pagar tu bukannya ramai sangat..tapi yg macik2 tu merempuh pagar macam ko nak g melontar jamrah...kena bayar ka? hahaha
Quote cupu 3-5-2016 12:30 PM
laki bini ni mmg bengong ke...sape mentor dia ni..srategi kapala hotak dia main berebut ni...
Quote jelitayu 3-5-2016 12:33 PM
kan...heghan nengok kan yg makcik2...akak2...abg2 sado..adik2 manis ni semua dok berebutkan tudung jenama tersebut. apa yg spesel bebenau nya pun sampai sanggup bersesak2 bertolak2 serupa tu...

nak marah tuan yg empunya business pun...tak patut jugak...kalo depa tak hadap sangat sampai sanggup nak bersesak2 tolak2 mcm tu...tak dak sapa yg boleh paksa pun.
kang gomen naikkan rega minyak dng alasan...masih ramai rakyat malaysia yg mampu bertolak2an kat depan kedai tudung....sentaaappp pulak....
Quote Jajabeans 3-5-2016 12:35 PM
ok la fizo ko nak buat ape pun. tapi aku xleh hadam ko bg talk untuk jadi usahawan berjaya. masalahnya ko tu layak ke. kalau tak sebab bini ko tu.. xyh berangan ler.. meluat aku jate ni.
Quote Adeakukesah11 3-5-2016 12:37 PM
Gila publisiti betul lah dua ekoq mangkuk ni
Dh kena kecam pun tk tobat2 lagi
Lantak kome lah
Quote brown_pupil 3-5-2016 12:37 PM
Yang dok rebut2 ni mati eh kalau x dpt minum kopi tu...?

Sangat la jakun...
Quote hayati_hassan 3-5-2016 12:38 PM
gilanya ............ depa nie mcm tak pernah beli kopi ka ?
berebut2 nak masuk sampai nak tercabut tudung memasing adoiiiii

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.271054 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top