oleh Adib Za Bukan semua ibu bapa mengikut trend yang mahukan anak mereka menjadi sempurna dan hebat dalam pelajaran.
Berbeza dengan ibu bapa lain yang mahukan anak mereka lakukan itu dan ini, namun luahan seorang netizen ini di laman sosial, begitu mendalam dan membuka minda. Norhayati Berahim tidak mahu anaknya menjadi berjaya di dunia sahaja sebaliknya menjadi individu yang seimbang dalam apa jua dilakukan... Baca tulisan netizen ini.. Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi.. Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal.. Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya... Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu 5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari. 2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya.. Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja.. Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan, merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas. Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini... "Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?" Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini.. Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela.. - CARI Infonet Sumber: Facebook Norhayati Berahim
|
1
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT