CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Agak-agak Majikan Boleh Ke Ikut Kehendak Gen Y Atau 'Peduli Apa, Saya Bos!'

5-5-2016 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11409| Komen: 128|Original author: R2D2

Oleh Izzah Abbasy

Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2016 lepas, sebuah media terkenal telah bertanyakan kepada pekerja Gen Y, apa yang mereka mahukan dari majikan?

Ramai berkata, pendekatan yang diambil oleh syarikat seperti Google and Facebook perlu diamalkan oleh majikan di Malaysia, memandangkan semakin ramai pekerja kini terdiri dari golongan Gen Y.

Benarkah majikan di Malaysia lambat berubah mengikut zaman? Atau adakah pekerja Gen Y yang terlebih manja?

Jom, ketahui 5 perkara yang diiginkan oleh Gen Y terhadap majikan mereka. - CARI Infonet



1. Waktu bekerja lebih fleksibel

Nursabiha Fadillah, 26, berkata keperluan untuk masuk dan keluar dari tempat kerja pada waktu tetap adalah sistem lama yang sudah tidak relevan.

“Asalkan cukup 8 jam bekerja, datanglah pukul berapa pun."

“Kalau dalam sehari saya diberi beberapa tugasan, selagi saya boleh selesaikan semua tugasan itu, apa yang saya nak ialah dibenarkan masuk dan keluar pejabat jam berapa pun,” katanya.


2. Hubungan lebih kasual dengan bos

Nik Ezzah Syukriah Sukri, 27, berkata hubungan bos dengan pekerja yang sangat formal tidak begitu sihat.

“Apa yang saya mahu daripada majikan saya adalah fleksibiliti dari segi komunikasi, komunikasi secara lebih kasual.

“Kami Gen Y ini mungkin ada stigma takut dengan bos, disebabkan sifat garang dan sebagainya. Itu kadangkala akan mengehadkan saya untuk tonjolkan diri saya,” katanya.


3. Ambil kira pendapat golongan muda

Bagi Nur Sakilah Ismail, 27, berkata pendapat golongan muda kadangkala diperkecilkan oleh pengurusan yang kebanyakannya sudah berumur dan berpengalaman.

“Sekarang ini, (jenis) bos yang suka bertanya kepada pekerja sudah berkurangan, mereka tidak tanya pendapat dan idea pekerja muda mereka.

“Bila bos buat begitu, Gen Y akan lebih menghargai bos mereka dan mereka akan lebih bersemangat untuk lakukan kerja yang diberikan, mereka tidak akan berkira masa dan tenaga mereka,” kata Sakilah.


4. Kurangkan birokrasi

“Gen X lebih bertumpu kepada prosedur, apa-apa kerja yang mereka lakukan mereka kaitkan dengan prosedur dan perundangan. Gen Y, kami lebih fleksibel,” kata Mohd Ridzuan Hassan, 29.

Katanya, struktur pentadbiran banyak syarikat tempatan adalah sistem lama.

Kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama. ”

“Ya, kita memang kena ikut prosedur di tempat kerja, tetapi kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama,” katanya.


5. Sediakan infrastruktur untuk hilangkan tekanan


Nursabiha Fadillah turut menekankan pentingnya menyediakan infrastruktur menarik untuk kakitangan.

“Bila tertekan, boleh pergi ke play room atau bilik rekreasi. Boleh diletakkan meja pool, bilik karaoke, Playstation juga.

Nursabiha berkata, syarikatnya sudahpun menyediakan kemudahan sebegini untuk pekerja.

“Saya nampak ini bukan saja menarik Gen Y, semua golongan menikmatinya di pejabat saya,” katanya.


Adakah penting untuk majikan berubah mengikut zaman?

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia berhad (HRDF) Datuk C.M. Vignaesvaran berkata, majikan mungkin kehilangan pekerja berkualiti jika gagal berkembang mengikut zaman dengan cukup pantas.

Katanya, pihak Sumber Manusia kini berdepan cabaran untuk memperbaharui polisi syarikat bagi memenuhi keutamaan generasi baharu.

“Sekarang, pasaran pekerjaan sangat berorientasikan pekerja.

“Jika majikan tidak modenkan diri dan tidak menyediakan diri untuk tenaga kerja berkualiti, mereka tidak akan kekal dengan anda,” katanya.

Vignaesvaran ketika ditanya, bersetuju bahawa kebanyakan syarikat Malaysia masih mengamalkan sistem yang ketinggalan zaman.


Apa kata majikan?


Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, majikan sukar memberi lebih kelonggaran kepada pekerja Gen Y kerana khuatir produktiviti akan terjejas.

“Ada banyak laporan mengatakan bahawa lebih dari separuh hari setiap hari, pekerja bukan habiskan masa mereka dengan melakukan kerja-kerja syarikat, sebaliknya mereka melakukan kerja lain yang tiada hubung kait dengan syarikat.

“Ini apabila mereka berada di syarikat. Jadi majikan sekarang khuatir kalau mereka tiada di syarikat, mungkin mereka akan lakukan kerja syarikat 10 peratus saja dalam sehari,” katanya.

Walaupun bersetuju majikan perlu berubah mengikut arus pemikian baru, Shamsuddin menegaskan kedua-dua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan peralihan ini berlaku.

Pekerja juga harus mainkan peranan dan tunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi.

Anda pula bagaimana? Sebenarnya, majikan dan pekerja haruslah serasi. Ada pendekatan kesefahaman semasa bekerja akan meningkatkan produktiviti bekerja. Bukanlah menindas dan hanya memberi arahan sahaja. Pekerja tak tertekan, majikan pasti senang hati apabila hasil kerja 'cantik' keseluruhannya. Setuju tak? - CARI Infonet 

18

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 4-5-2016 06:08 PM
Tak payah lah nak kasual sangat dengan bos...kalau kau takut sangat dengan bos, tukar aja kerja..tak perlu menggelupur nak kasual bagai...

Luar office hour, hubungan aku dengan bos putus.. aku hormat dia sebagai bos. Kena maki aku hadap. Dia nak garang aku tak kisah, janji kerja aku jalan. Hal personal jarang2 bicara...

Tapi aman aja hidup aku. Tiada masalah
Quote Knowlee 4-5-2016 06:22 PM
Banyak demand pulak. Buat je la kerja tu.
Quote wajevo 4-5-2016 06:30 PM
Nampak tak mentaliti majikan melayu dengan yang bukan melayu?
Macam banyak songel aje datuk melayu tu. Kepala hotak dia macam bejat.
Quote bluehedgehog 4-5-2016 06:33 PM
gi mampuih
Quote ajinomotonosuga 4-5-2016 06:35 PM
Generasi y generasi pondan!!!

Tengok steve job masa mude taun late 60s n early 70s, muda muda dah entrepreneur

Garaj bapak dia jadi.lab komputer dia, start business Apple mula dari garaj tgk Apple hari ni
Boss klo tgk.pekeje bnyk songeh depa meluat, depa nk pekeje taat ikut je apa bos kata buat apa di suruh dedikasi punctual work.hard, mmg lagi teruk dari anjing, dahhhhhhh ko.kuli, klo tak mo, buat self employment tp.bagus cari PENGALAMAN  duluuuuu
Quote dess402 4-5-2016 06:44 PM



so kalau macam tu ..  tak payah la keja .

biar kami import bangla dengan nepal .






Quote mziskandar 4-5-2016 06:45 PM
ok je.. gaji - cod, mengikut tugasan/job yg disiapkan.
Quote dubuk 4-5-2016 06:51 PM
dah habis kerja, pergi lah happy hour

karaoke, massage, gym

masa kerja, kerja

faham

Quote saladin780 4-5-2016 06:57 PM
Klu integriti tinggi n kerja siap on time ok jer nk flexi hours
Ni dahla produktiviti hauk.. Asyik berpotluck je keje kt opis
Quote noraidil_06 4-5-2016 07:01 PM
Dik gi jual jubah kepam kt ig sn.ikut suke hg nk msk kul brp.kaye je akk tgk deme niaga kt ig
Quote turboturtle 4-5-2016 07:09 PM
Mentaliti kelas ke 3 berangan nk kerja mcm negara kelas pertama....
Quote carly_lah 4-5-2016 07:11 PM
lg banyak la staff ngulor dari buat kerja...
Quote wadiunong 4-5-2016 07:13 PM
Haha tak menahan komen2 kt sini. Beriya GenY ni demand itu ini. Ello, pastikn servis & performance korang tip top dulu ye dikkk sblm demand bukan2
Quote turboturtle 4-5-2016 07:16 PM
Sesetengah kampeni yg blh masuk pkl 10, rehat flexible ada pool table ps3 deco opis kreatif cantik pakai kasual sempoi tu kenkadang 1 seminggu tido kat opis x blk rumah nk siap keje punya pasal otak kena perah gila2..kenkadang raya entah cuti pun xbalik... klu sanggup
Quote Crystars 4-5-2016 07:24 PM
ajinomotonosuga replied at 4-5-2016 06:35 PM
Generasi y generasi pondan!!!

Tengok steve job masa mude taun late 60s n early 70s, muda mud ...

Aji dah jd tokey apa skg? Bila muka  nk tepek kat  Forbes mag?
Quote zach2008 4-5-2016 07:24 PM
Buat je company sendiri. Ambik semua gen y kerja utk korang. Nak ke tak nak bagi perkara yg diminta tu sesama sendiri. Sekarang baru aku faham mengapa ramai yg kata gen y ni slow dlm belajar. Pemalas sebenarnya
Quote ahmad_dhani91 4-5-2016 07:30 PM
choiiiii masing2 punya statement ala2 x mengukur baju dengan size badan yang macam babi tu. bukak je lah ahkak company sendiri kalau dah gini gayanya.
Quote mama_sri 4-5-2016 07:39 PM
gen y nowadays rude, takde disiplin, keras kepala, banyak songeh, ...... (mohon sambung- isi tempat kosong)
Quote pichee 4-5-2016 07:39 PM
Bertuahnye i...company i sume seperti di atas.

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.096748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top