Oleh : Dean BZ
Mencari pasangan hidup yang sesuai dengan keinginan kita bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana itu kita tak perlu terburu-buru memutuskan untuk menikah apatah lagi dengan orang yang belum kita kenal hati budinya. Jika silap langkah, hal ini hanya akan membuat anda menyesal suatu masa nanti. Pastikan anda dan pasangan telah memahami antara satu sama lain agar pernikahan anda adalah satu pilihan tepat. Nah! untuk meminima kan kegagalan dalam pernikahan, brader boleh rujuk tips ini yang mana disediakan khas untuk yang sedang mencari calon isteri atau yang ingin menambah kuota (kalau berani lah).
Jika brader ada berkenalan dengan wanita yang ada sedikit sebanyak ciri-ciri ini, maka cepat-cepatlah ajak si dia bernikah sebelum dikebas orang. Itu pun kalau dia nak lah, jika tak mungkin kena usaha lagi. 1. Tidak hanya cantik luar saja tetapi cantik peribadinya 2. Menghormati orang lain 3. Sederhana tetapi menarik 4. Setia 5. Bijak 6. Pandai berdikari 7. Tidak mencintai harta dan status sosial 8. Memahami kerjaya anda 9. Mengetahui bila untuk berbicara dan bila untuk diam 10. Patuh Syariah/Solehah Itulah antara 10 ciri-ciri wanita yang patut dijadikan isteri. Siapa tahu kan, mungkin ada dikalangan brader-brader dikalangan pembaca yang mempunyai banyak pilihan (awek ramai) dan bingung siapakah harus dipilih sebagai teman hidup. Semoga tips ini memberi kesenangan untuk membuat pilihan tepat. - CARI Infonet. |
ADVERTISEMENT