CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebulat Suara! Pas Pecat Husam Musa

7-5-2016 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10262| Komen: 76

Oleh Izzah Abbasy

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pas telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lepas.

Kredit Foto : Free Malaysian Today


“Melalui perbincangan itu, Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapati beliau (Husam) telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno. - CARI Infonet

7

Bagus
4

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 6-5-2016 11:56 AM
Sian.. mamat ni sembang kencang dan gimik je kuat..
Quote crossfire 6-5-2016 11:57 AM
kemaruk replied at 6-5-2016 11:56 AM
Sian.. mamat ni sembang kencang dan gimik je kuat..

baguslah, PAS ada pendirian,
kalau UMNO sampai ke tualah baru nak pecat..
100 juta hilang pun tak tahu


Quote kemaruk 6-5-2016 11:59 AM
crossfire replied at 6-5-2016 11:57 AM
baguslah, PAS ada pendirian,
kalau UMNO sampai ke tualah baru nak pecat..
100 juta hilang pun t ...

Pendirian sebab hadi tak tahan kena kutuk
Quote dizzek 6-5-2016 12:00 PM
orang melayu yang sekadar 55 peratus

terpecah empat pulak

PAS, PKR, PAN, UMNO

macam mana la nak kuat solidariti

antara parti pun berbalah, dalam parti pun berbalah
Quote crossfire 6-5-2016 12:07 PM
dizzek replied at 6-5-2016 12:00 PM
orang melayu yang sekadar 55 peratus

terpecah empat pulak

melayu macam ARAB juga

nak berperang manjang...
Quote chaintea 6-5-2016 12:10 PM
yeay!!


so..whats next for him
and

who's next for PAS?
Quote dizzek 6-5-2016 12:10 PM
crossfire replied at 6-5-2016 12:07 PM
melayu macam ARAB juga

nak berperang manjang...

sebab itu lah bermati- matian
cina DAP cakap ini kalilah..


Quote atira 6-5-2016 12:10 PM
ye ke..syukur sgt uols
Quote bluehedgehog 6-5-2016 12:11 PM
dizzek replied at 6-5-2016 12:10 PM
sebab itu lah bermati- matian
cina DAP cakap ini kalilah..

pi mai pi mai dap jugak
Quote atira 6-5-2016 12:11 PM
mesti pas hangat hati husam dok bising pasal balak2 yg digondol kat kelantan

weols team abe husam
Quote crossfire 6-5-2016 12:12 PM
dizzek replied at 6-5-2016 12:10 PM
sebab itu lah bermati- matian
cina DAP cakap ini kalilah..

usoh bimbey

DAP tak akan dpt perintah Malaysia...ini kali pun tak dpt..

menang semua kerusi parlimen pun tak dpt..
Quote dizzek 6-5-2016 12:19 PM
crossfire replied at 6-5-2016 12:12 PM
usoh bimbey

DAP tak akan dpt perintah Malaysia...ini kali pun tak dpt..

perintah tu sukar

tetapi kurangkan kekuatan politik melayu
tu lah tujuan utama mereka

dengan bersekongkol bersama
melayu buta sejarah dan lupa daratan
Quote kecimpret 6-5-2016 12:20 PM
aku senyum sinis jerrr laa...dorang x tau Husam ni pengaruh kuat kat kelate...kalo melepas kelate jgn buat2 terkejut lak




Quote kemaruk 6-5-2016 12:22 PM
Jangan lawan ulama - forumar 2003 hingga 2014
Quote atira 6-5-2016 12:36 PM
lepas persoal terus kene pecat

Husam Persoal PAS Kelantan Gagal Tangani Pembalakan HaramKOTA BAHARU, 2 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.

Husam yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.

"Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,"katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.

"...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda.

Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.

"Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.

"Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini," dakwanya.

-- BERNAMA


Quote AbukRokok 6-5-2016 12:40 PM
di zaman Nik aziz..husammusa bagai anak emas
di zaman Adi...husam jadi sampah

eloklabergabung dengan umnongok
Quote finesse 6-5-2016 12:43 PM
atira replied at 6-5-2016 12:36 PM
lepas persoal terus kene pecat

Husam Persoal PAS Kelantan Gagal Tangani Pembalakan HaramKOTA BAHA ...

Pas ni mcm umno la.. persoal apa tu kira melawan la tu.. spesies x blh terima kritikan..
Quote harimau76 6-5-2016 12:45 PM
hati dia dgn PAN.. nak join terus tak boleh sbb dah lapaz bai'yah.... dia provoke la supaya jadi camni.. lepas ni harus terus join PAN...
Quote Najibnomics 6-5-2016 02:19 PM

biase lah si @dizzek nie...

apa2 pon salah Cina DAP...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.125278 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top