Oleh Izzah Abbasy
Belum reda isu Uqasha sindir isteri Hafiz Roshdi, kini gara-gara sekeping gambar daripada salah satu babak teater Ombak Rindu telah dimuat naik oleh Uqasha dalam laman Instagramnya hingga mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah peminat. Uqasha Senrose dan Keith Foo digandingkan bersama dalam pementasan teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung. Tanpa disangka-sangka, ia mencetuskan kecoh terbaharu di laman sosial. Peminat Uqasha bertikam lidah pula berkenaan isu aktres itu membiarkan pipinya disentuh aktor Keith Foo.
Bagi mereka, adalah tidak manis seorang wanita bertudung membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki bukan mahram walaupun demi menjayakan sesuatu watak. Malah ada dalam kalangan peminatnya berpendapat tidak guna dia bertudung semata-mata kerana fesyen dan tidak menjaga batas-batas seorang wanita muslimah. Ruangan komen Instagram milik Uqasha, menjadi medan pertempuran antara dua pihak tersebut. “Pakai tudung tapi kenapa berlakon sentuh-sentuh. Pakai tudung doesn’t mean dah berhijrah. Just fesyen,” tulis frieskiesjeroh. Manakala kasih_touch_beautys memberi komen, tidak hidup sesuatu cerita jika tidak disusuli dengan babak sentuhan. “Tiada manusia yg sempurna.. tanpa sentuhan.. cerita tak akan nampak real… fokus… baru tahu macam mana rasa cinta yang sejati,” katanya. Namun ramai juga yang menentang pendapatkasih_touch_beautys, antaranya drizzydeck dansecretofnisa_reelbeaute. “Agama ada ajar ke? Kena sentuh bukan mahram sebab nak beri cerita nampak real. Malu ke orang jer jawab gitu gaya,” tulisdrizzydeck. “Dalam Islam.. lelaki dan perempuan haram bersentuh… bila haram memang haram la… tak ada pulak cakap dalam Islam kalau berlakon boleh pegang bersentuh.. jadi kat situ semua boleh berfikir… just pndapat saya..” kata secretofnisa_reelbeaute. Walau apapun, hanya pemilik empunya badan sahaja yang tahu kejadian yang berlaku sebenarnya sama ada disentuh atau pun tidak. Kami pasti Uqasha faham akan batas-batasnya sebagai seorang muslimah meskipun bergelar selebriti. – CARI Infonet MYNEWSHUB.CC |
21
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
27
Sedih |
19
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rozza replied at 6-5-2016 11:27 AM
tak berkenan pompuan ni... sbb dia la bini si hafiz kena kutuk..
Adeakukesah11 replied at 6-5-2016 01:44 PM
So mcm mana review lakonan dia dlam tuh?
adakah spt yg dijangka kehaukan nya ittew?
mimifa replied at 6-5-2016 01:36 PM
siti nana blakon tak yah pegang2 pun dgn si alif tu..sweet jah..trending lg drama tu...geletis ...
tomet05 replied at 6-5-2016 11:48 AM
mesti diapakai kulit palsu nih kan
ADVERTISEMENT