oleh Adib Za
Lemonade, bukanlah resipi yang sukar. Hanya gula, air dan juga jus lemon. Namun, jika anda tidak siapkan ia dengan tepat, gula hanya mendap di dasarnya sahaja. Sebab itu kita harus menyiapkan sirapnya terlebih dahulu. Atau bahasa 'mak-mak' kita, buat air gulanya terlebih dahulu. Memang sedap diminum ketika dahaga dan musim panas! Jom cuba. Bahan-bahan: 1 cawan gula (anda boleh kurangkan menjadi 3/4 cawan) 1 cawan air (untuk dijadikan sirap) 1 cawan jus lemon (4 hingga 6 biji lemon)
3 cawan air kosong Cara-caranya: 1. Pertamanya, sediakan sirap atau air gula terlebih dahulu. Masukkan gula dan ai ke dalam periuk dan panaskan seketika. Kacau hingga gula hancur dan sebati menjadi sirap. 2. Sediakan secawan jus lemon dengan 4 hingga 6 biji lemon. 3. Masukkan jus lemon tadi dan juga sirap ke dalam jag. Campurkan juga 3 cawan air kosong. Kacau hingga sebati, tambahkan lebih air lagi jika anda ingin kurang manis. 4. Simpan dalam peti sejuk dan hidang dengan hirisan lemon di dalamnya. Sangat segar! - CARI Infonet |
19
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
22
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT