Oleh Izzah Abbasy
Ura-ura mengenai pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman Othman yang dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu, ada seorang pekerja Rayani Air berkata, “Vida jangan sekadar sembang saja.” "Isu Rayani Air ketika ini adalah sesuatu yang serius untuk ditangani. Ia bukan main-main. Vida perlu adakan perbincangan serius dengan Rayani Air sekiranya bercadang membeli saham Rayani Air, bukan mencari populariti,” katanya. Foto : freemalaysiantoday Dalam pada itu, Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan mempersoalkan sejauh mana kebenaran usahawan itu untuk membeli saham berkenaan, tanpa melihat dari segi prospek keuntungan dan populariti semata-mata. Jika benar, Zulkalnain yang mewakili sejumlah kakitangan Rayani Air berkata, Vida seharusnya meneliti hasrat tersebut secara meluas, bukan sahaja potensi dalam industri penerbangan tetapi juga urusan berkaitan operasi dan kakitangan. “Rayani Air ketika ini mengalami masalah dana. Vida perlu tahu keuntungan, kerugian, hutang dan aset Rayani Air. “Ini termasuk tunggakan gaji 400 pekerja selama dua bulan berjumlah kira-kira RM3 juta. Sekarang ini dah nak hampir tiga bulan gaji tertunggak,” tegas Zulkalnain sambil menambah aspek lain yang perlu diteliti adalah mengenai bayaran balik tiket penerbangan kepada penumpang akibat penggantungan operasi." Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan. “Jika Vida benar-benar ikhlas mahu beli saham Rayani Air, fikirkan juga periuk nasi kami.... dengan bulan puasa dan Hari Raya yang semakin hampir,” katanya. Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu. - CARI Infonet Kredit : mStar
|
22
Bagus |
9
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Innrukia replied at 11-5-2016 07:14 AM
Dalam perjalanan ke ofis pagi ni, dengar berita Dato Vida merancang beli Rayani Air yg bermasalah t ...
dino replied at 11-5-2016 08:07 AM
dpt ide dr porum cari la ni haha
Innrukia replied at 11-5-2016 08:16 AM
Cheap publicity still a publicity. Aku yakin dia ni akan continue pukul gendang. Hasil? Belum nam ...
MissNigga replied at 11-5-2016 08:21 AM
jgn tamak sangat datok vida ... kang bangkerap ....
dino replied at 11-5-2016 08:23 AM
dah nmpk mendongak langit sgt
yg pro tak show off kekayasn die
dino replied at 11-5-2016 12:22 AM
die sembang utk publisiti produk die je la... bkn serius pun
btw bila rakyat msia nak sedar ...
ADVERTISEMENT