CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disyaki Warga Asing, Wanita Cina Ini Dipaksa Polis Nyanyi Lagu Negaraku

12-5-2016 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31637| Komen: 290|Original author: Voyagers

Oleh Izzah Abbasy

Pihak polis pun boleh jadi keliru. Nak kata muka wanita ini seperti orang Cina tak nampak pula. Barangkali warga Vietnam, Thailand atau seangkatan dengannya.

Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya ini pastinya mendapat hencapan. Nak tahu sebab apa? Teruskan membaca.

Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan polis trafik, seorang wanita terpaksa menyanyi lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia.

Menurut laporan China Press, ketika kejadian pada awal bulan ini, polis meminta wanita berusia 25 tahun itu menunjukkan kad pengenalannya semasa melalui satu sekatan jalan, kerana mereka mengesyaki dia adalah warga asing.

Walaupun dia ada menunjukkan lesen memandunya, namun polis tidak menerimanya dan mahu wanita itu menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya bukan warga China atau Vietnam.

Menurut sumber, wanita itu berbohong dengan mengatakan kad pengenalannya hilang pada hari kejadian, walhal difahamkan dia kehilangan Mykadnya dua bulan lalu dan tidak membuat laporan polis untuk memohon kad pengenalan baru.

Polis trafik itu bagaimanapun melepaskan wanita berkenaan, meskipun dia tidak dapat menyanyi lagu Negaraku yang lengkap.

Wanita berkenaan kemudiannya memuat naik kejadian itu ke Facebook dan mendapat pelbagai komen yang menyatakan dia patut bersyukur kerana tidak dikenakan tindakan gara-gara tidak mempunyai kad pengenalan. Catatan itu kemudiannya dipadamkan wanita terbabit.



Mengulas kejadian itu, Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, SOP polis trafik tidak menyatakan rakyat perlu menyanyi lagu Negaraku untuk membuktikan diri adalah warganegara Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, polis trafik berhak memilih dan menentukan cara tersendiri ketika berdepan pesalah lalu lintas.

Sesiapa pun kalau dah jadi warganegara Malaysia, pastilah wajib tahu lagu kebangsaan. Jika kita sendiri tak tahu dan tak minat nak ambil tahu, ibarat menumpang di negara sendiri la ya! Bukan susah pun nak ingat lagu Negaraku. Jadi, buat anda semua sila ambil pengajaran dan buktikan yang anda adalah orang Malaysia dan cintakan negara Malaysia. - CARI Infonet 

15

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Voyagers 12-5-2016 10:11 AM



Blogger Raine Lee was allegedly made to sing ‘Negaraku’ to prove her citizenship.


Quote Voyagers 12-5-2016 10:12 AM
Quote dockers 12-5-2016 10:15 AM
bangang jugak dia ni klu betul ko ni Msia nyanyi jelah lagu negaraku

typical perangai ummah ni..
Quote aHoi83 12-5-2016 10:16 AM
Salah sendiri pastu fefeling nak menviral. Lagu negaraku pun gagal. Elokla balik dok PRC
Quote annehuda 12-5-2016 10:16 AM
cantik ke posing camni? aku tgk mcm alien je
Quote Acong_II 12-5-2016 10:18 AM
bongok punya cina bukit...... tak bawa IC dan tak laporkan kehilangan IC adalah satu kesalahan  
Quote wana89 12-5-2016 10:20 AM
Cash.. Hadap sangat nak viral kan dah kena hencap.. Kira untung la tu dapat lepas..
Tak ada atau xbawa IC kira PATI tau
Nyanyi aje la.. Bukan payah sangat..
Quote anisania 12-5-2016 10:22 AM
daaaa.. as chinese malaysian.. klu nyanyi lagu negaraku pun tak pandai... sila la campakkan diri sendiri ke laut.. nak je plak aku maki hamun kat fb dia... and yet gigih ngaku malaysian. ic hilang taknak buat baru..first time dgr ic hilang malas nak buat baru. hebat.. padahal kedekut nak byr denda kannnn?
Quote bluehedgehog 12-5-2016 10:24 AM
attention seeker
Quote crossfire 12-5-2016 10:24 AM
memang ramai RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA YG MCM dlm BENANG nie kurang tahu lagu Negara ku yg berapa ayat jer tapi ngaku rakyat Malaysia PUIIIIIIIIIIIIII!!!
Quote spiderman80 12-5-2016 10:26 AM
Motip hilang IC dua bulan tapi buat derk jer? Bodoh punya amoi.
Nasiblah Spidey bukan abam polis tu. Kalau tidak, Spidey akan bawa dia balik ke rumah Spidey untuk spotcheck.
Quote kenarikelabu 12-5-2016 10:26 AM
Bagus gak tuh soh nyanyi Negaraku. Kompem kalau bangsa asing, melopong taktau nyanyi. Baru cara!!
Quote Star_el 12-5-2016 10:28 AM
spiderman80 replied at 12-5-2016 10:26 AM
Motip hilang IC dua bulan tapi buat derk jer? Bodoh punya amoi.
Nasiblah Spidey bukan abam polis tu ...

Salah guna kuasa!
Quote FanTasyCreaTioN 12-5-2016 10:28 AM
dia buat pembedahan muka ka ..
sampai abang polis kata gambar driving lesen tu fake tak macam dia
dah untung la tu d lepas kan

Quote Abangwahab 12-5-2016 10:28 AM
bangla pun boleh hapal lagu saleem iklim


Quote Star_el 12-5-2016 10:29 AM
Maybe sbb mekap dia kot sampai org ingat org luar. Sbb style mekap gitu slalu kat China la kan rajin buat. I'm expecting dia kuar berjalan gituCamne ntah muka sebenar dia tanpa contact lense n mekap tebal tu.
Quote ifanonline 12-5-2016 10:29 AM
kalau tak leh nyanyi...balik hong kong la..
Quote pakis_hutan 12-5-2016 10:29 AM
Edited by pakis_hutan at 12-5-2016 10:34 AM

First of all, kalau ko dah hilang IC for the past 2 months tak reti2 lagi ke nak pegi buat? ko sendiri sambil lewa (sendiri mengaku MALAS)..so ape lagi bukti nak tunjuk ko memang Malaysian? Parut BCG? Rukun negara?
BTW nasib dia tak kecam tu polis panggel bodoh ke sohai ke.. sebab ada nota kaki suruh belajar nyanyi lagu kebangsaan and jgn jalan2 without IC
Quote Cyempaka 12-5-2016 10:29 AM
padanlah muka kau.
muka dan mekap dah macam ayam china yg sering ditangkap dlm rancangan 999.. macamanalah polis xkonpius.
tak bwk ic.. ic hilang xreport polis. bodoh. dan buat mudah.
lagu Negaraku pun xtau.

yang penting viral dan berlakon lemah umpama mangsa.

Lihat semua komen(290)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.234941 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top