Oleh Izzah Abbasy
Pelakon jelita Dayana Roza yang mempunyai rupa seiras Scha Al-Yahya popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia. Tidak hanya kemunculannya dalam drama tersebut menjadi sebutan, kisah kontroversi turut bergerak seiring dengan kerjayanya kini. Heboh sebelum ini mengatakan wanita berusia 25 tahun itu mempertikai kredibiliti pendatang baharu, Hafidz Roshdi dan mengklasifikasikannya sebagai ‘pelakon kayu’ kerana mutu lakonannya kurang memuaskan. Selepas reda dengan isu itu, timbul pula cerita menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar mengatakan dia berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota. Cerita tersebut tidak terhenti begitu saja, Dayana juga dikatakan asyik menari dan merokok tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan. Tidak cepat melatah dengan berita panas, Dayana lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana enggan memanjangkan hal tersebut. Adakah benar dakwaan menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar mengatakan Dayana berkunjung ke sebuah kelab malam? "Mengenai perkara itu, lebih baik saya mendiamkan diri daripada terus memanjangkan isu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerja. Bagi saya, perkara tersebut adalah hak peribadi, sementelah ia berlaku di luar waktu bekerja" Sejujur setelah hampir tujuh tahun bergiat dalam industri hiburan, kejadian seperti ini pertama kali berlaku. Sebelum ini, kisah cinta saja yang sering mendapat perhatian berbeza dengan sekarang. Mungkin khalayak mula mengenali saya dan disebabkan itu perkara tersebut muncul. - CARI Infonet Kredit : Kosmo
|
1
Bagus |
19
Marah |
4
Terkejut |
15
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT