CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Cerahkan Bibir Gelap, Ikuti 5 Cara Berikut

17-5-2016 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8097| Komen: 7


Oleh : TS LOO

Bahagian bibir penting juga buat kaum hawa dalam aspek menyerlahkan lagi sifat kewanitaannya.

Justeru kebanyakan wanita dengan bantuan gincu pastinya membolehkan bibir seseorang wanita kelihatan seksi, sekaligus penampilan akan lebih terserlah.


Namun bagaimana jika bibir seseorang wanita itu hitam atau kelihatan gelap.

Punca bibir hitam adalah kerana tabiat merokok, terlalu kerap minum kopi dan teh. Berkeinginan mengembalikan warna cerah pada bibir anda? 

Berikut beberapa petua yang boleh cuba dalam usaha menangani masalah tersebut.


1) Lemon Madu
Campurkan satu sudu besar air perahan lemon dan madu dan disapukan di bibir secara merata.  Lemon akan bertindak cerahkan warna bibir dan madu pula akan meneutralkan serta lembapkan bibir sehingga kelihatan kemerahan.


2) Guna Buah Beet sebagai 'mask' 
Buah beet juga boleh berperanan menjadikan bibir kembali kelihatan berwarna semula jadi.  Mudah saja caranya iaitu dengan hanya memotong secara nipis ataupun haluskan beet dan sapu di seluruh bibir. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Lakukannya setiap hari agar warna bibir kembali kelihatan cerah.


3) Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan sapu di keliling bibir. Lakukan setiap hari ketika nak tidur. Bukan hanya dapat mencerahkan malah juga mampu melembabkan bibir secara semula jadi.


4) Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. sapu di bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.



5) Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi sebati. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata di bahagian bibir supaya bibir menjadi lebih bersih dan cerah.




11

Bagus
23

Marah
37

Terkejut
26

Sedih
40

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemon_juice 18-7-2016 06:05 PM
Tips no.1 tu kalau nk buat time bile ye?time nk tdo ke?
Quote cikcikebom 18-8-2016 05:09 PM
good info tq
Quote Ladybird910 8-4-2019 08:28 PM
Kopi n teh blh bt bibir hitam? Wow first time dgr.. Huhhuu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033608 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top