CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Aku Babi, Kau Pula Mak Babi' - Luah Anak Yang Dibenci Ibu Sendiri

18-5-2016 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13802| Komen: 45

oleh Adib Za

Siapa sangka dalam dunia hari ini masih ada lagi ibu yang membenci anaknya. 

Ya, tapi itulah yang berlaku pada seorang netizen ini.


Dia yang berkongsi kisah, melalui yang dipaparkan oleh Pixel Media menceritakan bagaimana dia menjadi seorang anak yang tidak disukai oleh ibunya, sejak dari kecil sehinggalah dewasa. 

Yang menyedihkan, satu-satunya insan yang menyayanginya iaitu arwah bapanya telah pun pergi meninggalkannya. 

Namun, kisah yang menimpanya telah membuatkan dia bertekad ingin menjadi seorang ibu yang baik kepada anaknya nanti. 

Ikuti kisah yang sungguh menyentuh jiwa ini. 



Saya anak sulung dari ramai beradik, kematian abah tercinta 4 tahun yang lalu. Saya cuma nak cerita kisah saya yang sangat dibenci oleh emak saya sendiri.


Dari umur 3, 4 tahun adalah normal saya dimaki "babi, sial, anak tak guna, anak menyusahkan" dan sepak terajang itu juga adalah biasa. Pernah sekali mak saya baling kuali atas kepala saya sampai berdarah-darah. Bila abah balik, mak kata saya nakal sangat sampai terjatuh. 

Saya membesar dengan hak saya sebagai anak tidak diberi. Harijadi saya, mak tak pernah ambil peduli tetapi akan sambut harijadi sepupu saya dengan kek besar dan bermacam-macam hidangan. 

Hari raya? Bertahun-tahun kami memakai pakaian yang terpakai dari saudara mara. Tetapi mak saya pakai pakaian baru berpuluh-puluh helai. 

Abah saya adalah abah yang terbaik dunia akhirat. Tetapi dia terlalu sibuk bekerja sebab anak ramai dan mak saya akan belasah saya bila abah bekerja. 


Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google



Dari kecil saya disuruh mengayuh basikal jual aiskrim tanpa sebarang upah. Pernah sekali saya makan sebatang aiskrim yang sudah cair. Sampai di rumah, mak tampar saya sampai pecah bibir.

Ada sekali ketika saya berusia 5 tahun mengadu pada abah, mak cilikan kemaluan saya dengan cili padi. Sejak dari itu, saya pendamkan saja rasa di hati ini sehinggalah ke tua.

Saya membesar dengan memberontak dan becikan pada mak saya sendiri. Bila saya sudah remaja, mak membabikan saya pula sehinggalah saya terpaksa menjawabnya. 

"Kalau aku babi, kaulah mak babi!"

Tidak lama selepas itu, saya berkahwin dan dikurniakan anak. Sejak dari itu saya berusaha untuk berbaik-baik dengan mak. Saya kerap balik tengok abah, namun..

"Kau tak payah selalu balik tengok bapak kau. Nanti laki kau ada betina lain padan muka kau!" katanya.

Ya, akhirnya bekas suami saya bukan setakat menduakan saya, malah mensepuluhkan saya. Saya bercerai tanpa sebutir air mata pun. 

Kemudian, saat yang paling merubah hidup saya apabila abah pergi buat selama-lamanya. Hilanglah tempat saya mengadu, bergantung kasih. Masa abah tengah nazak, abah memanggil-manggil mak. Tetapi mak selalu lafaz,

"Menyusahkan akulah orang tua ini. Mampos pun bagus!"

Saya mengalami kemurungan yang sangat teruk dan Allah temukan saya dengan seorang lelaki yang saya tak cinta. Kami bernikah dan saya tak sangka kami sangat bahagia walaupun suami saya tidak berharta. 


Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google



Mak saya? Memburukkan suami saya sana sini sampai saya terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah jauh. 

"Mak tahu tak, menantu yang mak burukkan inilah yang sentiasa mendoakan mak dalam solat-solatnya. Yang sentiasa teringat, "Mak awak makan apa hari ini? Abang rindu mak","

Sekarang, saya mengandung, saya sangat rindukan abah. Saya kerap balik rumah mak dan tidur di atas tempat kegemaran abah dan berharap dapat mimpikan abah. Tetapi mak cakap saya nak kikis duit dia atau mahukan sesuatu dari dia. Sejak dari itu saya tidak lagi balik ke rumah mak atas niat tidak mahu mak semakin membenci saya. 

Pengajaran dari kisah saya. Saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya. Saya berhati-hati dnegan kata-kata dan doa terhadap anak saya. Saya pastikan anak saya membesar dengan kasih sayang yang melimpah ruah. 

Saya akan pastikan hak-hak anak saya sebagai anak ditunaikan walaupun saya membesar dengan tiada satu pun kenangan dipeluk dan dicium mak, saya sangat sayang mak saya. Saya bersyukur dapat mertua yang sangat sayang saya. 

Allah adil, Allah uji saya bermacam-macam tetapi Allah hadirkan suami dan mertua yang sangat baik dan Allah permudahkan urusan bersalin saya. 

Hargailah anak-anak korang, jangan jadi macam mak saya walaupun anak ramai (ada yang disayangi) tetapi yang dibenci yang kerap balik tengok dia walaupun kami tak dilayan. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. - CARI Infonet


Sumber: KRT/ Pixel Media
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • ayuminnur


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 18-5-2016 03:16 PM
aku just wonder kenapa la mak dia benci sangat kat dia..
baguslah dia take it positively.
tidaklah memberontak sebaliknya melakukan yg terbaik untuk anaknya pula.
Quote krustykrab 18-5-2016 03:21 PM
sabar_sabariah replied at 18-5-2016 03:16 PM
aku just wonder kenapa la mak dia benci sangat kat dia..
baguslah dia take it positively.
tidaklah ...

maybe sbb anak2 ramai, bapak plak asik kerja2, hal anak2 semua tolak kat mak...bapak even tak pernah naik kaki tangan kat anak bini, tp kalau x ambik pedulu hal anak bini masa kat rumah...tentulah si bini stress....anak produce ramai sgt walau dah tau x mampu nak handle, dan boleh jadi jugak si mak tu ada sakit meroyan....nak hempuk laki x berani, di hempk la si anak

Quote MariaClara 18-5-2016 03:27 PM
pedih mata bace kisah ni...x dinafikan mmg ade kisah mcm ni...selalu kite dihidangkan cerita2 pembalasan anak derhaka pada ibu bapa..tp tahu x...seorang emak yg abaikan tanggungjawab kpd anaknye juga akan diberi balasan..tp kita doakan yg terbaik kpd si ibu ni..moga diberi hidayah..Allah maha pengampun
Quote sabar_sabariah 18-5-2016 03:28 PM
krustykrab replied at 18-5-2016 03:21 PM
maybe sbb anak2 ramai, bapak plak asik kerja2, hal anak2 semua tolak kat mak...bapak even tak pern ...

aku pun adik beradik ramai
bapak aku pun stail tolak semua kat mak aku
hal anak2 dari start tadika sampai sambung study kat uni semua mak aku urus
nasib la mak aku penyabar orangnya
walaupun masa kecik mmg biasa kena pukul
tapi tu mmg salah kitorang, bukan sbb mak aku meroyan
simpati kat budak yg citer ni
semoga dia jadi ibu yg terbaik untuk anak2 dia
Quote fifie_olin 18-5-2016 03:41 PM
kann sian nya mcm2 maki hamun di bagi mak dia..
smpi hati btl ..
x sangka ade lg mak yg mcm ni
Quote talapia 18-5-2016 03:51 PM
seorang mak bukannye maksum. ada je salah silap seorang ibu tu dalam membesarkan anak2 dia. sama jugak kita bila dah jadi mak. jangan ingat bila jadi mak... maka semua tindakan n kata2 kita tu betul sentiasa. kadang2... bila anak2 dah besar... kita boleh nampak hasil didikan kita tu camne... kalau sorang anak je yg buat masalah... mungkin anak tu la yg problem. tapi klau semua anak kita bermasalah.. or tak rapat ngan kita.. tak reti2 nak cek diri sendiri good mother ke tidak? jangan semua benda nak blame anak.

and yes. andai tergolong dalam golongan anak2 ini... jadikan ia pengajaran utk kita menjadi lebih baik dari parents kita.
Quote brown_pupil 18-5-2016 03:53 PM
yup.. in reality ada je mak mcm ni. tapi nasib sis ni baik.. walaupun mak kandung perangai macam hazabedah, tapi dapat husband dan mertua yang baik.
Quote epis 18-5-2016 04:04 PM
saya banyak juga kisah ni kat fb, then bile saya baca komen, ramai juga yang sama situasi dengan akak ni, huhu...
Quote taji2906 18-5-2016 04:24 PM
aku rasa la... cuma tekaan aku jek... mungkin mak dia tu penat jaga anak ramai, suami sibuk keje...
dan anak yg tak disuka ni mungkin paling disayang suaminya.. sebab tu mak tak suka kat dia.. wallahualam..
Quote dino 18-5-2016 04:26 PM
sabar_sabariah replied at 18-5-2016 03:16 PM
aku just wonder kenapa la mak dia benci sangat kat dia..
baguslah dia take it positively.
tidaklah ...

ade org sbaliknya kan.... kat anak2 die plak diturunkan marah tu
tp respek sbb tak dendam tu....
Quote Nham22 18-5-2016 04:40 PM
Ayoyooooo garang nye mak die...
Quote Artemesiaa 18-5-2016 04:55 PM
Mungkin bila dapat dia bapaknya ada secret affairs perangai pun serupa macam bapaknya jadi dia le selalu jadi punching bag dek emaknya tu.  Apa pun syukur dia tak berbuat perkara yang sama pada anaknya malah berazam nak jadi ibu yang terbaik.
Quote watie_na 18-5-2016 05:08 PM
dari pengalaman member cerita. dia pun kena macam ni juga. tapi disebabkan mak dan bapak tak mewah, 3 org anak hantar ke asrama. so kalau dia org buat perangai, mak or abah stress, dia la jadi punch bag. now dia pun ikut mulut hazab mak dia. asyik la maki hamun org.
Quote aderaderker 18-5-2016 07:33 PM
Tapi kalau kata stress anak ramai..apsal ada anak yg disayangi?
Ke yg disayangi tu yg dah besar2 sebab dah dapat pulangan?
Quote batmana 18-5-2016 08:06 PM
Cite bohong ni..kalau dia betul2 makdia.time dia kata anak dia babi..tapi xjadi babi pung....sumpah dri kcik smpai tua.. X makbul2 lak doa mak dia...bohong sungguh
Quote spankee_fili 18-5-2016 08:09 PM
anak tu amanah..boleh pulak buat gitu..
nanti dah tua sakit melarat jangan anak tu jugak yang dicari mintak jaga..
dah masa budak tu kecik sampai besar dimaki hamun..tunggula bila tua nanti..
Quote cmf_premierleag 18-5-2016 08:34 PM
Ada je aku jmpe mak2 (skang makcik2 tua le) yg mmg tak suka anak2 sendiri
Padahal anak2 yg dia benci tu le yg mmg doakan  dia stp kali solat fardhu (fefeling setazah jap)
Tp perlu ke si anak tu pukul canang bagitau dia doakan bagai? Tapi itu lah dibenci
Ini mmg realiti sbb terjadi kat kawan aku sendiri
Dia le yg bwk mak gi spital
Dia le yg slalu kemas2 umah smpi bersih
Dia le yg slalu doakan
Ujung2....dilayan spt vavi...serius, kaka ga paham
Semoga org tua begini garus mereput dan mampus la dgn segera
Quote misslauren 18-5-2016 11:05 PM
Mungkin meroyan. Ada je kes meroyan teruk mcm ni
Quote chazey 18-5-2016 11:22 PM
cmf_premierleag replied at 18-5-2016 08:34 PM
Ada je aku jmpe mak2 (skang makcik2 tua le) yg mmg tak suka anak2 sendiri
Padahal anak2 yg dia benc ...

Biasanya anak yang paling tak disayangi la yang paling berusaha nak dapatkan perhatian dari parent/parents yang hansuang pada beliau walau tak dihargai.

Stok2 disayangi ni pula biasanya acuh tak acuh jah dengan parent/parents yang tatang dia macam emas.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.139934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top