CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Yang Lalu Di Lorong Kecemasan Tu, Korang Memang Pembunuh!"

23-5-2016 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13764| Komen: 64

oleh Adib Za



Sikap pemandu di kalangan rakyat negara ini ketika berada di lebuh raya sememangnya amat menyedihkan. 

Memandu dalam keadaan bahaya, melebihi had laju dan paling teruk memandu di lorong kecemasan. Semua ini menunjukkan betapa ceteknya kesedaran sivik di kalangan pemandu tersebut.

Seorang netizen telah berkongsi sebuah kisah yang sangat mendukacitakan. Tanpa berselindung dia melabelkan pemandu yang pentingkan diri lalu di lorong kecemasan sebagai pembunuh. Ya, pembunuh!

"Sesiapa yang ikut lorong kecemasan masa itu, dukacita aku nak maklumkan bahawa kalian adalah pembunuh."

Satu kemalangan melibatkan penunggang motosikal telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan, kelmarin menyaksikan kesukaran pihak ambulans tiba kerana lorong kecemasan yang digunakan penuh dengan pemandu pentingkan diri ini. 





"Kemalangan (berlaku) pukul 3.30 dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat-dekat pukul 6. Semua disebabkan pembunuh-pembunuh yang tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan."

"Masa ambulans sampai, mereka dan kurang respons dan semakin lemak. Sekarang di Hospital Seremban dan kami pun tak tahu apa keadaan mereka sekarang."

Begitulah antara yang diluahkan oleh netizen yang sangat prihatin ini. 

Memang sangat menyedihkan kerana pihak ambulans boleh tiba memberikan bantuan lebih cepat jika semua pihak beri kerjasama dan juga laluan. 

Bagi yang sering melalui lorong kecemasan, bila lagi anda mahu sedar? Takkan nak tunggu keluarga sendiri menerima nasib yang sama? - CARI Infonet
19

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
25

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 23-5-2016 02:12 PM
inilah sikap pemandu2 di malaysia
memasing pentingkan diri sendiri

[youtube]4jqrqkdRMP0[/youtube]

Quote krustykrab 23-5-2016 02:23 PM
mcm ni lah sikap pemandu2 kat msia...tak kira bangsa, tak kira jantan betina....
Quote allhaillll 23-5-2016 02:32 PM
kalau balik raya, lagi banyak keldai lalu emergency lane.
Quote shernazz 23-5-2016 02:37 PM
diorang bukan pembunuh
diorang babi
menyondol.je mana.sempat
Quote revolusi_30 23-5-2016 02:45 PM
Guna la khidmat heli  ambulans......
Quote Ladyfareez 23-5-2016 02:53 PM
To be honest,I pun pernah lalu emergency lane dr gopeng sampailah ke penang ms raya ke 4 tahun lps.gara2 terlampau nervous baby meragam.first time parent la katekan.gelabah x tentu pasal.tp seriously I rs sgt bersalah time tu..
Quote EvieWanKenobi 23-5-2016 02:55 PM
tapi bila nampak polis tunggu kat emergency lane,
tau pulak takut..
Quote DayangKirana 23-5-2016 02:56 PM
sape2 yang suka guna emergency lane tuh, mohon terasa!
lagi dilarang, lagi galak depa nih.. jenis takde sivik.
Quote felinecat 23-5-2016 03:00 PM
langgar je xbleh, mcm pemandu lori kt penang buat sblum ni
Quote kentel 23-5-2016 03:04 PM
patutnya ambulance kena reinforced body...then govt beri authority utk sodok je mana2 kereta yang ikut lorong kecemasan tu...dah lama aku fikir bnda ni...patutnya lah kan....

Quote Star_el 23-5-2016 03:12 PM
kentel replied at 23-5-2016 03:04 PM
patutnya ambulance kena reinforced body...then govt beri authority utk sodok je mana2 kereta yang ik ...

bwahaha bagus idea ko ni! Tp jadi lmbt gakla jenuh dia nk menyodok tu
Quote crazecousa 23-5-2016 03:46 PM
aku slalu dok bayangkan emergency lane tu ada spring yang leh campak depa dgn keta2 yg illegal lalu situ masuk utan kat sebelah divider...
Quote Abangwahab 23-5-2016 04:11 PM
buat ja palang besi yg boleh terbenam sendiri kalo xde sesiapa lalu kt situ,
bila keta masuk je palang besi tu naik otomatik, so kete2 tu mesti tersangkot kt atas palang tu hahaa
Quote kentel 23-5-2016 04:12 PM
Star_el replied at 23-5-2016 03:12 PM
bwahaha bagus idea ko ni! Tp jadi lmbt gakla jenuh dia nk menyodok tu

lantak jer...sodok...yang dok guna emergency lane tu tak fikir plak awal2 kan...kalau da enforce bnda ni, mau nya dorg fikir byk kali takut kena sodok
Quote epis 23-5-2016 04:18 PM
kesian penunggang dan pembonceng tu, meninggal jua dua beradik tu, huhu...
Quote LoveSungmin 23-5-2016 04:51 PM
Kete iswara yg rosak tu tade letak pape tanda/kon ke?
Quote Jajabeans 23-5-2016 05:12 PM
mmg jahanam sesape yg guna emergency lane ni. aku ni walau jem dan nak exit simpang depan tu je aku tetap beratur ikut line sampai betul2 exit baru aku belok. lagi satu aku pantang, tgh2 jem ada yg mencucuk datang dari lane emergency. byk cantik orang lain penat2 beratur ko amik shortcut. aku hon kan aje makhluk2 cmni.
Quote aryza 23-5-2016 05:15 PM
sampai jam 9 still jem lagi menghala tempat kejadian.. driver yg guna emergency lane nak cucuk masuk depan ai mmg dapat jelingan maut la.. pi belajar sivik dulu baru nak masuk depan ai...
Quote cmf_conan 23-5-2016 05:17 PM
aku tanya kat korang2 yg selalu bawak motor kat hway..
kalo ada kete berhenti tepi hway, kat lorong kecemasan..
mmg tak boleh agak ke kete tu tgh berhenti atau tengah bergerak?
selalu sangat dengar citer begini..
motor langgar lori/kete yg rosak kat lorong kecemasan..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top