CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Sesekali Berkahwin Hanya Kerana 4 Alasan Ini, Buruk Padahnya

27-5-2016 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6100| Komen: 12



Oleh : Dean BZ


Pernikahan adalah satu komitmen seumur hidup dan sudah tentunya setiap orang ingin menikahi pasangan yang mereka cintai.


Tanpa rasa cinta mustahil setiap pasangan dapat hidup bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Disebabkan itu soal pernikahan jangan sesekali dianggap mudah kerana ia melibatkan soal kehidupan bersama.

Jika ingin mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumah tangga, jangan sesekali menikah kerana 4 alasan yang dipetik dari keluarga.com ini :

Gambar Hiasan 


#Kesepian
Meskipun tidak ada seorang pun yang ingin hidup sendiri dan kesepian di sepanjang hidupnya, jangan jadikan hal ini sebagai alasan untuk anda menikah! Jangan terburu-buru memilih pasangan hidup hanya kerana takut akan kesepian . Ada banyak kemungkinan buruk yang akan anda alami ketika menikah kerana alasan ini. Misalnya, anda salah memilih pasangan hidup, anda telah membohongi diri anda dan mengkhianati cinta orang lain. 


#Harta
Ada ramai orang di luar sana terutama para wanita yang memilih untuk menikah kerana harta. Perbezaan usia yang sangat jauh pun bukan lagi menjadi masalah lagi jika calon suami memiliki harta yang banyak. Anda menikah dengan orang, bukan dengan 'harta' kan? Jangan menikah kerana alasan ini, ini kerana harta hanyalah sementara dan tidak dapat mendatangkan kebahagiaan yang sejati.

#Desakan Orang Tua
Zaman sudah jauh berubah. Ini bukan lagi zaman di mana orang tua bebas memilih pasangan hidup untuk kita. Sebaiknya anda jangan bersetuju untuk menerima pernikahan atas pilihan dari orang tua. Pastikan anda mengenal terlebih dahulu hati budi pasangan yang anda ingin berkahwin. Kebahagiaan anda terletak pada diri anda sendiri dan bukan pilihan orang tua. Mungkin anda fikir anda perlu ikut apa yang dirancang agar tidak mengecewakan hati orang tua anda, namun sanggupkah anda menghadapi risiko sengsara seumur hidup.

#Nafsu
Jangan bernikah semata-mata kerana alasan nafsu atau hanya ingin melakukan hubungan seks secara 'halal'. Nafsu hanyalah kebahagiaan sementara, lama-lama pasti berkurangan. Jika anda menikah kerana alasan ini, hidup anda juga akan hampa dikemudian hari.


Fikirlah masak-masak sebelum memutuskan untuk mengikat diri pada sebuah komitmen hidup dengan pasangan. Pastikan anda dan pasangan saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Jika anda tetap berkahwin hanya kerana 4 alasan diatas, maka anda telah memperjudikan hidup anda. - CARI Infonet.



9

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 27-5-2016 06:08 PM
Setuju sesangat
Quote Ipo 27-5-2016 06:30 PM
Tapi skrang ni, org nikah mcm2 sebab..harta tu memang mostly la
Quote babydoll 29-5-2016 03:51 PM
5) Rupa paras / fizikal
Quote mbhcsf 29-5-2016 08:12 PM
ikut apa yg rasulullah saw suruh lah untuk menilai layak ke tak untuk dibuat suami , take your time.
Quote cadarblogsot 29-5-2016 10:57 PM
Klu dh jodoh...
Quote Spender_Bundle 30-5-2016 12:56 PM
salah 1 lg sbb umur da makin tua xnak org mengata pn ada
Quote terma2nkondisi2 30-5-2016 06:41 PM
keempat-empat perkara tersebut juga merupakan faktor2 penyebab orang berkahwin
Quote nut.legacy 1-6-2016 11:34 AM
these days harta la... sbb harta kahwin.. sbb harta jugak bercerai
Quote antidote 1-6-2016 02:50 PM
betul tu aku setuju.
jgn gopoh, dah sampai jodoh nti kawin. jgn kawin sbb tgk org lain dah kawin.
Quote Lemon_juice 18-7-2016 06:45 PM
Ada tu yg kawen sbb rupa.bila dah x cantik terus ati beralih arah.pdhal dulu si dia tu la yg ko dok puja2.nice info.
Quote shin_ah81 27-7-2016 07:50 PM
I nak tambah

6) Trend
7) Tercabar - tak mau jadi satu2nya bujang bila semua kawan dah kawin
8) Ego - kawin sebab tak nak adik langkah bendul
Quote hagemaru12 29-8-2016 12:05 PM
Tapi skrang ni, org nikah mcm2 sebab..harta tu memang mostly la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046885 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top