CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Akhirnya Bercerai Dengan Amber Heard Selepas 15 Bulan Berkahwin

1-6-2016 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8442| Komen: 20

Oleh Izzah Abbasy

Pelakon utama Pirates Of The Caribbean, Johnny Deep, 52, akhirnya bercerai dengan Amber Heard, 30, selepas isterinya itu memfailkan perceraian di mahkamah pada 22 Mei lalu.

Pasangan Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard berpisah hanya selepas 15 bulan hidup sebagai suami isteri dengan menyatakan alasan 'perselisihan yang tidak dapat diselesaikan' sebagai punca dia mahu berpisah.

Lebih malangnya, Amber berbuat demikian dua hari selepas kematian ibu Depp.

Pelakon itu kini memohon ketetapan mahkamah untuk memperoleh harta sepencarian dan Depp, 52, dalam reaksi balas turut mencabar tuntutan tersebut dengan alasan mereka berdua tidak membuat perjanjian sebelum berkahwin berhubung pampasan jika bercerai.

Laporan media menyebut, harta dan aset Depp adalah sekitar AS$400 juta termasuk memiliki sebuah pulau persendirian di Bahamas.

Portal berita TMZ turut melaporkan yang pasangan tersebut tidak membuat perjanjian pra-perkahwinan berhubung pampasan harta jika bercerai.

Johnny Depp dan Amber mengikat tali perkahwinan 15 bulan yang lalu di sebuah pulau peribadi di Bahamas dengan hanya 24 tetamu sahaja dijemput khas untuk menyaksikannya.

Kali terakhir mereka berdua dirakamkan bersama ialah pada April lalu di Gold Coast, Australia.

Pada 22 April lalu, Amber meraikan hari lahirnya yang ke-30. - CARI Infonet





Kredit : Kaki Gosip





14

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 1-6-2016 11:13 AM
Amboiii..Amber nk tuntut mcm2 drpd Depp:::
Quote zameyla 1-6-2016 11:17 AM
Amber macam ambil kesempatan jah....
Quote FARRAZOOL 1-6-2016 11:20 AM

Screenshot_2016-06-01-11-18-04-52.png
Quote red_heart 1-6-2016 02:44 PM
sempat kumpul harta sepencarian ke?? 15 bulan je kot kawen ..
bajet 15 thun je amber ni..aishhhhh
Quote Spender_Bundle 1-6-2016 09:31 PM
tu la...patutnye ko kawen dgn aku johny....confirm ko bahagia..xpe..aku sangup trma ko semula...tralalala~~
Quote ninja boy 1-6-2016 09:50 PM
kemain lagi janda2 anak2 dara mak2 budak merembes sama jonidep
Quote dani-rox 2-6-2016 12:52 AM
Sebelum berkahwin dengan Amber, Depp mendirikan rumahtangga dengan Vanessa Paradis pada 2012 selepas 14 tahun hidup bersama.


Bukankah dia org sekadar hidup bersama sajork?

apapon, padan la habang Joni dan Amber... seorang, si tua yg perasan pompuan muda nan jelita kawen dgn nya sbb chenta suci, seorang lagik manipulative beyotch
Quote devilito2 2-6-2016 09:19 AM
15 bulan pun nak tuntut... kekeke.... macam2
Quote unoryah 2-6-2016 10:00 AM
aduhai kesian si Captain Jack...
Quote Apai86 2-6-2016 10:26 AM
Ok...Amber Heart dh single and available...
Quote khairulcushion 4-6-2016 05:43 AM
Pisau cukur
Quote net_level 6-6-2016 02:08 AM
kesian jadi pompuan...
jd laki rileks je... cerai org ckp pompuan pisau cukur la... perampas la...
Quote NonaNaga 14-6-2016 08:20 AM
Joni kembali je pada winona...hidup kertu bersama bahagia selama
Quote beatgirlX 15-6-2016 04:20 PM
haish..padan la muka johnny..elok2 dgn Vanessa pi kejar lagi muda...
Quote myakayina 1-7-2016 01:31 PM
dah solo la si depp ni..tapi sisi kekertuan tu dah nampak dah..
Quote beatgirlX 1-7-2016 03:24 PM
Johny masa muda memang cair je tengok....
Quote gogogreengrass 13-7-2016 03:16 PM
beatgirlX replied at 1-7-2016 03:24 PM
Johny masa muda memang cair je tengok....

masa tua pun aku dah cair meleleh jugakkk hahaaa
Quote shasha79 18-7-2016 05:19 PM
speechless.
Quote cik_kambing 18-7-2016 07:06 PM
Eloklah kembali pada Venessa tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top