Oleh : TS LOO
Pagi tadi, sekitar jam 7.20 pagi di Bandar Namyangju, Timur Seoul, berlaku keruntuhan terowong yang sedang dalam pembinaan. Akibatnya, empat pekerja terbunuh manakala beberapa yang lain cedera termasuk sebahagiannya melecur. Difahamkan ketika itu, pekerja-pekerja terbabit sedang membuat kerja-kerja mengimpal di terowong terbabit yang terletak pada kedalaman 15 meter di sebuah laluan keretapi bawah tanah. Menurut Jabatan Bomba, keruntuhan yang berlaku dipercayai adalah berpunca daripada tangki oksigen selepas satu letupan berlaku ketika itu. Mereka yang terselamat dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - CARI Infonet sumber : http://www.astroawani.com/
|
20
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT