CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Kamera Ricoh Theta-S Panoramic 360 Darjah Yang Mudah Alih

1-6-2016 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3838| Komen: 0



[attach]202199[/attach]

Pernah tak guna kamera Panoramic 360 darjah ? atau menonton filem yang penuh panorama iaitu 'THe Jungle Book'?Tau tak macam mana penggambarannya dilakukan?

Sebelum ini, saya tidak mengetahui apa semua itu, sehingga saya terjumpa sekeping gambar kesan khas menunjukkan bumi kecil 'Little Planet' di akaun Facebook kawan saya. Setelah menanya kawan saya itu, barulah saya ketahui gambar bumi kecil 'Little Planet' itu digambarkan dengan sejenis kamera model terbaru, iaitu Ricoh Theta S.

Disebabkan kami kawan lama, dia sendiri meminjam kamera itu kepada saya selama seminggu, jadi saya kongsi pengalaman mengenai kamera tersebut.

1. Spesifikasi Ricoh Theta S
Berdasarkan pengetahuan saya, Ricoh Theta S sudah masuk ke generasi ketiga untuk kamera Panoramic 360 darjah. Theta m15 merupakan generasi kedua yang mempunyai sebanyak 4 jenis warna untuk dipilih.

Tetapi Theta S pula kelihatan anggun kerana menggunakan bahan getah yang berwarna hitam. Difahamkan getah tersebut adalah untuk mengurangkan kritikan seperti generasi sebelumnya yang mana badan kamera berwarna-warni.

Badan kamera yang guna bahan getah, turut membolehkan pengguna lebih mudah memegangnya ekoran ia merupakan kamera yang bersaiz kecil ( 44mm(lebar) x 130mm (tinggi) x 22.9mm (tebal).

Berbanding model sebelumnya Ricoh Theta S mudah digenggam kerana bersaiz kecil 44mm(lebar) x 130mm (tinggi) x 22.9mm (tebal). serta mempunyai indikator lampu LED yang berkelip apabila penyimpanan 8GB hampir penuh.

Ricoh Theta S adalah kamera sfera dengan kamera paling biasa dengan keupayaan untuk merakam imej pegun dan rakaman video 360 darjah selama 25 minit dengan hanya satu sentuhan butang. Versi baru dan diperbaharui Ricoh Theta S bagi penderia imej dan kualiti video.

Dengan peningkatan ini pengguna kini boleh merakam kedua-dua imej pegun dan video berkualiti tinggi Full HD pada 30 fps dengan resolusi 14 megapiksel.

Kanta pandangan mata ikan pada setiap bahagian merakam imej pada sudut 180 darjah dan mencantumkannya menjadikan gambar pada sudut 360 darjah yang boleh dilihat pada mana-mana arah.

Ricoh Theta S datang dengan penderia aperture f/2.0 dan dual 1/2.3 inci dengan penyimpanan dalamam digandakan kepada 8GB bagi membolehkan rakaman 65 minit video (setiap satu rakaman dihadkan kepada 25 minit atau 4GB).

Selain itu, Ricoh Theta S boleh menyimpan sehingga 1,600 gambar pada kualiti terbaik.

Ciri-ciri terbaru berkenaan juga membenarkan pengguna melihat semula foto beberapa kali sebelum merakamnya, menonton semula atau mengedit imej atau video dan berkongsi dengan penonton lain melalui laman rangkaian sosial.

Pengguna juga boleh merakam dan memuat naik imej sfera bagi gambaran lokasi jalan-jalan pada Google Maps atau Google+ untuk dikongsi dengan dunia luar. Ciri-ciri lain termasuk hos aturan seperti white balance, shutter speed dan ISO.

Ricoh Theta S juga juga membolehkan pengguna merakam imej daripada lokasi terpencil dengan sudut 360 darjah hanya dengan memegang gajet berkenaan tanpa perlu berpusing seperti sebelumnya. menggunakan kamera tanpa berpusing.

Pelancaran Ricoh Theta S menandakan era baru bagi kamera ringan dan posisi Ricoh Malaysia sebagai pemacu inovasi dalam tagline jenama iaitu - Imagine, Change.


2. Pengalaman Pengguna
Saya harus mengakui, saya bukan seorang jurugambar yang professional, saya berkongsi pengalaman penggunaan berdasarkan diri saya sebagai seorang pengguna yang pertama kali guna kamera tersebut.

Menurut sejarah perkembangan kamera, jelas ianya berkembang dengan pantas, semua ini adalah kerana kita semua ingin merakamkan saat istimewa untuk dijadikan kenangan. Kini kamera selain digunakan untuk merakam pemandangan sepanjang perjalanan ketika melancong, fungsi selfie turut menjadi penting. Namun bagi diri saya yang sering melancong seorang diri, macam mana caranya saya boleh melakukan rakaman selfie yang berkesan.


Selfie Seorang Diri
Theta S menjadi pilihan utama.

Ketika cuti Hari Buruh lalu, saya pergi ke Ipoh untuk mengujinya. Lokasi pertama saya lakukan ujian kamera itu adalah di Kelly Castle, oleh kerana dibanjiri ramai orang, saya hanya mengambil gambar di kawasan pintu masuk. Dalam keadaan tanpa teman bersama, Theta teman rakaman kamera yang terbaik.

(Kellie's castle 360)
[attach]202191[/attach]

Ketika depan dan belakang anda terdapat landmark, anda hanya tekan satu butang saja, keseluruhan landmark yang anda ingin ambil mampu ditangkap dalam satu keping gambar.


(ipoh station 360)
[attach]202192[/attach]



Tiada ilmu ambil gambar.

Ok, bagi mereka yang ambil gambar tidak erti 'framing', tidak tahu sebarang teknik penggambaran yang betul, boleh lah bergantung kepada Theta S untuk menghasilkan gambar yang menarik dengan bantuan penggunaan kesan khas yang ada pada kamera berkenaan.

Gambar-gambar berikut menggunakan sistem applikasi telefon bimbit yang diinovasi oleh Ricoh untuk menjalankan pasca penerbitan, ianya dipanggil 'Little Planet'.


(kek lok little planet, hyperlink 360)
[attach]202193[/attach]


(ipoh heritage little planet, hyperlink 360)
[attach]202194[/attach]


(cactus 360)
[attach]202195[/attach]



Gambar Berkumpulan

Sepanjang tahun, pasti ada beberapa kali berpeluang makan bersama kawan atau ahli keluarga. Ketika reunion, jadi lazimnya ada yang mengambil gambar berkumpulan untuk dijadikan kenangan selepas makan khususnya dengan kawan lama. Kalau meja berbentuk bulat, macam mana nak ambil gambar berkumpulan yang mampu memuatkan semua yang hadir dalam satu gambar, Ricoh Theta S mampu lakukan.

(dinner rectangular, hyperlink 360)
[attach]202196[/attach]

(dinner crystal/little planet)
[attach]202200[/attach]


3. Lain-lain fungsi Theta S

Sebenarnya kamera Panoramic 360 darjah banyak lagi kelebihannya, cuma setakat ini masih belum dipopularkan, malah belum ada pihak yang beridea kreatif untuk mempromosikannya secara meluas.


Selain itu, Theta S turut boleh memperkembangkan keupayaannya di bidang perniagaan.

(shop crystal, hyperlink 360)
[attach]202198[/attach]

Bagi pengusaha bidang pembinaan atau perhotelan juga boleh menggunakan Theta S untuk mengambil foto industri.


(Hotel 360)
[attach]202197[/attach]


Dengan gambar macam ini, pengguna boleh menyaksikan setiap penjuru bilik hotel dengan teliti. Satu lagi kebaikan adalah, berikutan gambar diambil dengan menggunakan lens ultra lebar, bilik akan kelihatan lebih luas daripada yang sebenarnya, jadi pengguna perlu berhati-hati.


Selain itu, terdapat banyak lagi kegunaan yang lain, seperti siaran langsung pertandingan bola sepak, konsert dan lain-lain aktiviti siaran langsung yang lain turut boleh guna kamera Panoramic 360 darjah untuk merakamnya, maka pengguna akan lebih menghayati hasil penggambarannya.


Selain itu, penggunaan fungsi aperture besar F2 bersama kelajuan shutter secara manual dan ISO, pastinya boleh dijadikan senjata utama untuk mengambil foto bintang Galaxy, tambah sekali fungsi time-lapse dan lens ultra lebar, hasil penggambarannya semestinya menggempakkan.


(lego crystal)

[attach]202207[/attach]

Dengan adanya gambar seperti ini, pengguna boleh menghayati setiap penjuru bilik hotel dengan teliti. Satu lagi kebaikan adalah, berikutan gambar diambil dengan guna lens ultra lebar, bilik akan kelihatan lebih luas daripada yang sebenarnya, jadi pengguna perlu berhati-hati.

Bagi saya yang jarang keluar rumah, apabila mendapat kamera baru untuk percubaan, sasaran utama semestinya adalah mengambil gambar alat mainan.

Sejak mengumpul (collect) siri kereta lumba Shell Lego, selama ini teringin sangat merakam babak majlis penyampaian hadiah selepas pertandingan lumba kereta, tetapi berikutan tiada peralatan penggambaran yang sesuai, agar sukar menghasilkan rakaman yang menarik dan berkesan. Tetapi selepas mempunyai Theta S, akhirya saya dapat merakam babak tersebut.



Contoh Youtube :




Kesimpulannya:

Theta S adalah sebuah kamera yang terbaru dan cukup senang digunakan, malah operasinya amat mudah, sebagai seorang yang tidak pandai guna kamera turut dapat menghasilkan gambar yang hebat. Inilah merupakan kehebatan Theta S.


Cabaran penggunaan kamera jenis ini adalah macam mana buang tabiat yang biasa kita lakukan ketika ambil foto sebelum ini (hanya ambil depan atau selfie), biasanya kita ketika ambil foto akan memikirkan benda-benda di sekeliling kita berada dalam framing.

Contoh seperti kali pertama saya mengambil gambar di dalam bilik, apabila tunjuk pada kawan, rata-rata mengejek gambar terpapar satu sudut di bilik yang menyaksikan saya campak semua baju yang terpakai di sana, yang memperlihatkan keadaan bilik yang tidak elok dipandang.

Satu lagi keadaan yang tidak dapat dielakkan adalah guna kamera tanpa tripod, ambil gambar dengan guna genggaman tangan biasanya akan ternampak ibu jari hasil rakaman. Tetapi setelah dah biasa, anda akan tertarik dengan keseronokan cara pengambaran yang sedemikian yang yang jauh lebih banyak cara penggunaannya.


Betul ke Theta S cuma boleh berperanan sebagai jurugambar biasa saja seperti lomography? Saya rasa tidak, sememangnya Virtual Realiti (VR) lama-kelamaan akan diutamakan, hasil Facebook, youtube malah Taobao semuanya sudah mula ke arah pembangunan VR. Pada masa akan datang kita akan lihat lebih banyak foto atau filem berbentuk Panoramic muncul, sekaligus menarik perhatian lebih ramai orang untuk menghayati cara penggambaran sedemikian yang sememangnya berbeza!




5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051412 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top