oleh Adib Za Bakat baharu yang semakin meningkat naik, Khai Bahar berkata dia terpaksa menanggung kesakitan akibat tekaknya yang didapati berdarah.
Ini kerana dia yang kerap diundang menyanyi, diminta untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi yang memang sinonim dengannya. Sebelum ini, Khai, 22 dikenali dengan menyanyikan lagu 'cover version' di aplikasi Smule yang memang mencabar vokal seperti lagu Sudah Ku Tahu dan juga Memori Berkasih. "Hampir setiap hari saya ditawarkan membuat persembahan. Dalam sehari, saya mempunyai tiga acara di lokasi berbeza. "Semua penganjur pula mahu saya menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu. Kerana kerap membawakan lagu bernada tinggi, tekak saya berdarah. Sayang sekali, saya terpaksa membatalkan jemputan persembahan pada hari ini juga," ujarnya kepada BH Online. Diharapkan Khai mengambil masa untuk berehat dan menjalani sesi 'vocal rest' untuk memulihkan semula vokal. Sebelum terlambat ya dik. - CARI Infonet
Sumber: BH Online |
3
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bulanbulat replied at 2-6-2016 11:20 AM
KHK haters tegar dia
ADVERTISEMENT