CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siapa Kata Hospital Swasta Mahal, Kos Masuk Wad & Bedah Hanya RM31 Sahaja!

2-6-2016 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 24524| Komen: 27

Oleh : TS LOO



Tidak dapat dinafikan servis hospital swasta memang bagus, namun kos pembiayaannya boleh dikatakan agak mahal.


Walaupun hospital kerajaan mengenakan kos pembiayaan yang murah tetapi kena beratur panjang tunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Sama ada hospital swasta ataupun kerajaan, masing-masing ada kebaikan dan keburukannya. 

Sekiranya anda ada masalah kesihatan dan perlu masuk wad untuk mendapatkan rawatan, hospital yang mana satu akan menjadi pilihan anda?

Mungkin kebanyakan orang yang memiliki kad medikal akan menjawab tanpa teragak-agak : Hospital Swasta. 


sumber foto: google image


Jawapan tersebut memberi satu tanggapan kepada kita bahawa sememangnya hospital kerajaan di negara kita adalah teruk dalam semua aspek? Namun sejauh mana kebenarannya? Keadaan sebenar mungkin tidak sebegitu rupanya.

Baru-baru ini, terdapat seorang netizen bernama Philip menulis satu catatan di akaun facebooknya, " Ia hanya berlaku di Malaysia sahaja! Baru-baru ini, anak saya mengalami kemalangan jalanraya, pegawai perubatan menghantar dia ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan."

"Tangan kirinya berlubang besar, urat dan ototnya turut cedera. Doktor telah menjalankan pembedahan ke atas urat dan ototnya. Selain itu, pegawai perubatan semuanya juga memberi penjagaan yang rapi ke atas anak saya."

"Setelah sembuh sepenuhnya dan bersedia untuk keluar hospital, ketika saya hendak membayar bil kos rawatan anak saya, resit hospital yang diterima saya memang mengejutkan saya pada ketika itu."

"Jangan salah faham, bukan kerana kos rawatannya terlalu mahal, tetapi hakikat yang sebalik."


sumber foto: FB Philip


"Yang paling hilang akal adalah atas resit bil rawatan hanya tertulis RM31 (menurut kawan saya di Amerika Syarikat, bayaran itu kira-kira 7.75USD)."

"Selain Malaysia, anda tidak mungkin akan dapat jumpa hospital yang mempunyai servis yang begitu efisyen!" 


Kos rawatan di hospital kerajaan sememangnya murah berbanding dengan hospital swasta, itu satu hakikat yang diketahui ramai. Tetapi dengan hanya membayar RM31 sahaja yang merangkumi kos pembedahan dan kos penginapan di wad. 


sumber foto: FB Philip 


Ia adalah perkara yang mustahil dan tidak akan berlaku di mana-mana hospital swasta dalam dunia ini.

Jadi, dalam tempoh yang singkat iaitu satu hari sahaja Philip memuatnaik status tersebut di akaun facebooknya, status tersebut serta-merta memperolehi lebih daripada 18,000 'like', termasuk kira-kira 200 orang memberi respon berbentuk 'terkejut'! 

Setelah menyaksikan perkongsian Philip, adakah anda akan berubah persepsi terhadap hospital kerajaan? - CARI Infonet



11

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 2-6-2016 05:07 PM
Tajuk tak sama dgn topic...hospital swasta? hospital ampang hospital kerajaan.....
Quote Artemesiaa 2-6-2016 05:18 PM
Laa bukan Hospital Ampang tu hospital kerajaan ke.  Resit pun resit kerajaan tu
Quote idakamaruddin 2-6-2016 05:52 PM
apa ke bangang la tajuk x sama ngn content

mencapub ke apa:
Quote aduhaiya 2-6-2016 07:07 PM
Adakah ini salah satu kelebihan GST? Anda tentukan
Quote giyomi 2-6-2016 09:19 PM
Cuba lah g hospital klag, sampia tak kp tmpat, 70% furnished by fendatang asing termasuk pati
Quote alinone78 3-6-2016 07:35 AM
Haaaa...tu pun masih ada yang kondem hosp kerajaan...
Quote scents 3-6-2016 07:59 AM
betul idakamaruddin - tajuk x sama dgn content - ne sebenarnya patut nk puji hosp.swasta murah tapi puji hosp. kerajaan murah memang la hosp. kerajaan murah, tapi la hosp. ampang ne memag baru so cantik lagi la, cuba pergi hosp. hkl n klang nak tau lawo ke idak... anywy i senang je nak pergi hosp. kerajaan ke atau swasta ke pilihan sendiri ikut kemampuan masing2
Quote watie_na 3-6-2016 09:26 AM
aku suka je gi hospital kerajaan. so far tak pernah ada bad experience lagi dgn GH.
Quote Thuglife 3-6-2016 09:27 AM
Hospital kerajaan ngn swasta pun x bleh bezakan..
anaku aku buat oepration tonsil bulan 1 lepas kt hospital swasta..
1 mlm jer kat sana lps operation pun kos dkt rm5k..
tu nsb baik ada medical card. kalo tggu gov, bulan 5 lepas br nk buat operation.
pegi hosp hari tu bulan 11last yr..
Quote Jagendas 3-6-2016 10:35 AM
aku ingat spital swasta kos RM31
rupenye .. spital ampang ?
sejak bile spital ampang ni jadi swasta ?
Quote dewi 3-6-2016 11:31 AM
dah tu hospital kerajaan mmg la murah bak hang.

dewi masuk sepital 5 hari demam denggi . hospital swasta tak de katil. penuh tak terima patient

kuar wad bayar rm1 je



Quote chipsmoremore 3-6-2016 11:58 AM
Sila ambil maklum, Hospital Ampang tu hospital kerajaan.....TT ni mesti budak BBNU kurang berfikir sebelum buat sesuatu.Tengok resit tu dah tertera Kerajaan Malaysia.... bila mananya hospital swasta ni murah, MURAH bagi orang yg berduit je..

Quote ladyflower 3-6-2016 04:10 PM
ingatkan btol ada spital swasta murah gitu...baru nak pegi...
Quote CiliPadiSedap 4-6-2016 12:53 AM
Adik ni dajal sungguh...
Quote palmolive 4-6-2016 11:00 AM
Jom kita kecam dia
Quote purpledesire 5-6-2016 10:20 AM
Hospital ampang nie kat pandan indah kan.?
Quote chiquititamichi 5-6-2016 04:42 PM
Salah tajuk ni...... provokasi betul...selogiknye rm31 kat spital swasta..nak consult dr pun x lepas......apadaaaaaaaaa........
Quote makkenits 6-6-2016 10:20 AM
hospital gomen mmg murah... servis n keadaan fasiliti bgantung pd usia hospital tu... kekadang fasiliti mmg quite old tp servis ok je pun... nak buat camna, hospital gomen ni bukan profit oriented dan peruntukan plak bukannya skit nak buat hospital baru.. ada stgh hospital, buat bangunan tambahan n kelengkapan baru shj dah blh capai berpuluh jta RM...

mcm abah aku, dia x mau pi hospital gomen pd mulanya sbb risau nak kena tunggu giliran lama utk operate tumour dia.. bila pi hospital swasta, anggaran awal kos operate tumour dia shj dah RM 20k.. tu x termasuk ubat dan follow-up lagi.. bila pi hospital gomen, rupanya xyah tunggu lama pun.. trus doc operate buang tumour dlm buah pinggang... kos RM5k lebih tp 1 sen xyah byr... skrg follow-up pun free... bila warded pun dpt bilik di wad 1 or 2 je.. jarang dpt wad yg ramai org tu... sbbnya, selain kad pesara dia, rupanya doc pakar ada kuota katil ttentu di wad 1 or 2 utk pesakit kanser yg dah stage 4 ni.. admitted melalui doc pakar, dia akan try bagi pesakit dia selesa di hospital tu... n everything is free..
Quote lindarafee 6-6-2016 10:42 AM
kalau mampu pegi swasta, pegilah. kalau x mampu, hospital kerajaan pun cukup lengkap. pakar2 tu semua ada di hospital kerajaan. ada duit boleh la pilih2. x de duit buat cara x de duit

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044071 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top