Oleh Izzah Abbasy
Pasti ramai yang tidak perasan dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi Alyah yang juga isteri kepada Dato' Ramli MS, seorang pemuzik terkenal Malaysia. Alyah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada media selepas kontroversi yang pernah ditimbulkan sebelum ini. Memetik laporan Astro Gempak, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, banyak pengajaran berguna diperoleh selepas mengambil keputusan untuk menguruskan kerjayanya sendiri. “Saya memohon maaf kepada semua yang pernah tersinggung dengan saya terutama rakan-rakan media yang mengenali saya sejak awal kemunculan dalam industri seni tanah air. Seikhlas hati, saya harap kita semua dapat buka 'buku baharu'. “Terlalu lama saya mencari peluang untuk luahkan perkara ini. Bila saya jemput untuk majlis pelancaran Engkau Milikku, tak sangka rakan-rakan media sedia beri kerjasama untuk hadir,” katanya. Tambah Alyah, tempoh dua tahun tanpa sebarang liputan oleh media memberi kesan terhadap kerjaya seninya. "Saya bukan sengaja cari gaduh dengan rakan-rakan media dan akui mempunyai kelemahan diri,” ujarnya yang kini muncul dengan single terbaharu, Engkau Milikku. - CARI Infonet Sumber : Kaki Gosip
Foto : Instagram Alyah
|
damian_lee replied at 3-6-2016 11:05 AM
Album baru Alyah - Engkau Milikku ... visually sangat menarik
damian_lee replied at 3-6-2016 11:05 AM
Album baru Alyah - Engkau Milikku ... visually sangat menarik
ADVERTISEMENT