Oleh : TS LOO
Tak baik tau, memberi panggilan yang bukan-bukan hanya kerana rupa penampilannya yang memang macam itu sejak dilahirkan. Siapalah yang ingin dirinya dilahirkan ada kecacatan dari segi rupa bentuk dan penampilannya. Bak kata orang, kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Di Bihar, India, seorang budak perempuan berumur 7 tahun bernama Shaili Kumari sering disisih dan digelar sebagai 'alien' dan 'katak' oleh rakan sebayanya kerana matanya seolah-olah tersembul dan mahu terkeluar dari kelopak matanya. Ini hasil kesan daripada penyakit aneh yang dihidapnya yang dipanggil 'Crouzon Syndrome', sejenis penyakit yang mengakibatkan pertumbuhan tengkorak kepala yang tidak matang. Selain serba salah dengan keadaan anaknya, ayah Shaili turut melarang Shaili keluar dari rumah seperti hadir ke sekolah untuk mengelakkannya dibuli. "Agak sedih kerana Shaili sering dibuli, jadi kami melarangnya keluar supaya tidak menjadi bahan ejekan." Terbaru, Shaili sedang mendapatkan rawatan doktor pakar di institusi kesihatan All India Institute of Medical Sciences di Delhi. Semoga rawatan yang dijalankan berjaya supaya Shaili dapat meneruskan persekolahannya secepat mungkin dan memulakan kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain.- CARI Infonet sumber : http://www.dailymail.co.uk/
|
4
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT