CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peniaga Bakar Gerai Bazar Ramadan Gara Protes MPKj Angkut Peralatan Perniagaan

9-6-2016 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7947| Komen: 67|Original author: FOTHER-MUCKER

Oleh Izzah Abbasy

Boleh dikira tidak berperikemanusiaan pihak penguatkuasa merampas kanopi ketika perniagaan dijalankan di bazar Ramadan ketika bulan puasa ini.

Kejadian tersebut telah menyebabkan seorang peniaga bertindak membakar gerai diusahakan sebagai tanda protes kepada MPKj petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.

Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.

Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.

Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus terbakar.

Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.

Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.

“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.

“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.

Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.

Peniaga-peniaga tersebut turut menjelaskan mereka patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya tetapi mengapa tidak boleh berniaga di situ sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi.

Tidak kesiankah pihak penguatkuasa dan pihak tertentu terhadap rakyat yang hanya ingin mencari rezeki halal pada bulan Ramadan? Bukannya mengaut untung puluhan ribu sehari tetapi hanya cukup pakai mereka sahaja. Kepada pihak tertentu, janganlah mementingkan diri sahaja sehingga rakyat dipinggirkan ibarat menumpang di negara sendiri.

Sungguhpun begitu, pihak MPKj telahpun menjalankan kerja mereka bagi memastikan peniaga-peniaga yang tidak mematuhi syarat atau undang-undang ini supaya tidak menghalang laluan kenderaan di situ.
- CARI Infonet

 



26

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
27

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 9-6-2016 05:39 AM
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

permit?
Quote pearl.silver 9-6-2016 05:40 AM
Bulan2 posa dok wat gini
Quote lobai_kepam 9-6-2016 05:46 AM
org dah siap sedia bahan niaga...... bagi jual utk last day laa.....
Quote encikWawad 9-6-2016 05:50 AM
Amboi siap siram badan ngan petrol - memang  citarasa ummah yenna yenni bakar2 diri - nasib tak kena sambar api bang oiii
Quote ultra78 9-6-2016 05:53 AM
Kenapa tak bakar diri sendiri alang-alang dah lumurkan petrol di badan?
Quote eLiaD 9-6-2016 05:55 AM
mungkin tmpt ni strategik..mne ade org meniaga yg nk rugi…bukan dlm kaw bandar pun..
Quote mak_wa95 9-6-2016 05:58 AM
bakar kanopi dgn meje, kos berapa?...

meniaga tahun ni pun hancus...
kat tmpt saya bazar ramadan,ramai xniaga..
banyak yg jual kueh dan air
Quote famri7 9-6-2016 06:08 AM
jenis sentap2 fondan sebegini memang xlayak berniaga..next time harap2 bakar dgn diri secara berjumaah..berniaga lah kau dlm kubur.
Quote kucen_miang 9-6-2016 06:08 AM
Menghlg lalulintas gamaknya tpk tu..inilah bisnes setaun sekali.
Quote zeed 9-6-2016 06:59 AM
Leluhur indon ke ni?
Quote mak_wa95 9-6-2016 07:04 AM
dah bagi pilihan tempat lain..pergi je la..
hari ke4 berpuasa, masih bertelagah lagi
Quote gaara_X 9-6-2016 07:15 AM
nak komen bebanyak pun tak sedap.....kalau ada info dari kedua belah pihak baru sedap...
Quote redz85 9-6-2016 07:17 AM
famri7 replied at 9-6-2016 06:08 AM
jenis sentap2 fondan sebegini memang xlayak berniaga..next time harap2 bakar dgn diri secara berjuma ...

nak berniaga apa eh dalam kubur?
Quote Bell 9-6-2016 07:18 AM
Suruh berniaga tempat tak strategik. Berniaga mesti tempat org ramai. Lagipun sebulan jer. MPKJ pun patut-patut la.
Quote makneng 9-6-2016 07:21 AM
Kosser sgt perangai ummah gini. Mmg mak x hadap la param spt ini.
Quote rosasa 9-6-2016 09:01 AM
alang2 dah bang ko simbah petrol kat badan ko, apa kata ko bakar terus, kot2 pengorbanan abam akan meyebabkan MPKJ bg green light
Quote zameyla 9-6-2016 09:06 AM
macam2 la..., mungkin ganggu lalulintas kot...
Dah MPKJ bagi tempat, ikut je la...ramai2 berniaga kat ctu, orang pegi beli la...
Quote lionsleepin 9-6-2016 09:09 AM
Ikut peratutan yg ditetapkan.

Sekian.
Quote lionsleepin 9-6-2016 09:09 AM
Ikut peratutan yg ditetapkan.

Sekian.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top