CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Peralatan Kuih Raya, Wanita Ini Dijel Sehari Dan Denda RM500

9-6-2016 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5773| Komen: 38

Oleh Izzah Abbasy

Terdesak mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah pasar raya, seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazileen Mubarak Ali, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri 15 jenis peralatan membuat kuih dan juga makanan kucing yang bernilai RM114.60 milik Sogo Department Store, di sini pada 6.30 petang, semalam.

Gambar hiasan


Antara barang itu ialah acuan biskut, pisau kek, berus pastri, penggelek plastik dan papan kuih siput.

Terdahulu, Mazileen yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam rayuannya berkata dia mencuri kerana mahu menjalankan perniagaan kuih raya dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Dia juga memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan suaminya tidak bekerja dan dia perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh. - CARI Infonet

Kredit : Bernama

23

Bagus
17

Marah
8

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 9-6-2016 03:41 PM
kenapa sampai nak mencuri cik kak oi..
Quote Star_el 9-6-2016 03:43 PM
Banyaknya benda dia curi, camne sorok tu?
Nak berniaga dgn modal curi

Takleh blah ada makanan kucing tu. Aku takleh nak kesian berbanding dengan yg curi makanan asas tu.
Quote ad_hoc79 9-6-2016 03:57 PM
masuk dalam beg lain pastu selamba keluar ke
Quote pyropura 9-6-2016 04:06 PM
hampeh laknat punya laki, sepatutnya laki dia lah yang kena ambik inisiatif curik alatan kuih tuww, dia jugak yang akan melantak hasil jualan kuih tu kan...  

alasan suaminya tidak bekerja dan dia perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua.


Quote gigahertz 9-6-2016 04:21 PM
Star_el replied at 9-6-2016 07:43 AM
Banyaknya benda dia curi, camne sorok tu?
Nak berniaga dgn modal curi


aku terujja dengan suami x bekerja tu.
Quote Star_el 9-6-2016 04:25 PM
gigahertz replied at 9-6-2016 04:21 PM
aku terujja dengan suami x bekerja tu.

Asal berlaki
Quote mak_wa95 9-6-2016 04:27 PM
gigahertz replied at 9-6-2016 04:21 PM
aku terujja dengan suami x bekerja tu.

asal berlaki...

ko hadoooooooo...
Quote prettyuglybabe 9-6-2016 04:32 PM
astaga.. nak meniaga tapi tak mampu..
baik ko nyahkan dulu laki ko tu dekk....
cukup-cukup la perangai asal berlaki..
sampai nak kena mencuri
Quote eizarz 9-6-2016 04:35 PM
klo curi rm2.6b plak..
Quote mokcikKSKB 9-6-2016 04:58 PM
CARI-IIN replied at 9-6-2016 03:35 PM
Oleh Izzah Abbasy

Terdesak mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah ...

Alahai...ahkak ada byk tools yg xpernah pakai pon.mintak kat ahkak lg senang...ini tidak....
Quote juliez 9-6-2016 09:45 PM
Baik la jadi dropship jual biskut raya mak nani @noraidil_06
Quote Syd 9-6-2016 09:49 PM
juliez replied at 9-6-2016 09:45 PM
Baik la jadi dropship jual biskut raya mak nani @noraidil_06

Kan???

Minah ni nak niaga. Tapi takde modal.

Sudahnya beraya dalam jail
Quote ninja boy 9-6-2016 10:15 PM
beliau menyara 4 biawak - suami x kerja, kucing pelahap makanan mahal,  ibu dan bapa yang tiada wang simpanan yg cukup utk hari tua. patut buang ja kucing dan suami
Quote gigahertz 9-6-2016 10:18 PM
mak_wa95 replied at 9-6-2016 08:27 AM
asal berlaki...

ko hadoooooooo...

takut laki tahi judi. kaki kikis.
Quote redz85 9-6-2016 10:24 PM
semalam kena tangkap.. harini dah sentence.. cepat nya

dah lah setakat jel sehari aje
Quote saladin780 9-6-2016 10:37 PM
Sian la plak.. Byk sangat tangungan .. Dah la laki x keje
Quote noraidil_06 9-6-2016 10:39 PM
juliez replied at 9-6-2016 09:45 PM
Baik la jadi dropship jual biskut raya mak nani @noraidil_06

Ntah je.bkn kena modal pun.ko tlg jual je.adoyai.
Quote noraidil_06 9-6-2016 10:41 PM
Syd replied at 9-6-2016 09:49 PM
Kan???

Minah ni nak niaga. Tapi takde modal.

Tu la ko x nk pomot akak. nxt week akak dh tutup order.too late la mazlina
Quote beta_carotene 9-6-2016 10:42 PM
melihat gaya nama sheols, pasti sheols ni ada keturunan mamak..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063773 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top