Oleh : TS LOO
sumber foto: mstar Antoine Griezmann dan Dimitri Payet berjaya membantu Perancis menewaskan Albania dalam perlawanan Euro 2016 Kumpulan A, sekali gus menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati melalui sumbangan dua jaringan lewat. Ternyata bukan keputusan yang bijak buat jurulatih Perancis, Didier Deschamps bertindak meletakkan Paul Pogba dan Griezmann di bangku simpanan apabila pasukannya gagal menembusi gawang Albania walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan.
Gandingan Olivier Giroud dan Anthony Martial di bahagian serangan ternyata kurang berkesan walaupun Perancis menghasilkan 21 peluang sebelum gol pertama diperolehi. Namun Deschamps menebus kesilapan tersebut apabila memasukkan Griezmann pada separuh masa kedua ternyata membuahkan hasil apabila bintang Altetico Madrid tersebut menjaringkan gol pada minit ke-90 menerusi tandukan jarak dekat. Selang lima minit kemudian, Payet menjaringkan gol kedua untuk membantu Perancis menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati selepas mengumpul enam mata.- CARI Infonet Keputusan terkini: Perancis 2 Albania 0 Romania 1 Switzerland 1 Russia 1 Slovakia 2 sumber berita : http://www.mstar.com.my/ |
16
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
17
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT