Oleh : Dean BZ
Anton Yelchin yang membawa watak Chekov dalam filem Star Trek dan pernah membintangi beberapa filem ternama telah terbunuh dalam satu kejadian pada Ahad (waktu tempatan). ABC News melaporkan pegawai penyiasat kes berkenaan, Jenny Hosier memberitahu, kereta milik Anton yang diparkir di tepi kediamannya tiba-tiba mengelongsor ketika dia berdiri di belakang kereta berkenaan. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kejadian sebenar sehingga menyebabkan kematian pelakon berusia 27 tahun itu. Ketika kejadian Anton dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan rakannya dan apabila lelaki itu tidak muncul kawan-kawannya pergi ke rumahnya dan menemui Anton terbaring tidak bernyawa.
Pengarah Star Trek, J.J. Abrams dalam satu kenyataan menyifatkan Anton mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan, bijak, lucu dan seorang lelaki yang baik. Mendiang bakal muncul dalam filem terbaharu arahan Abrams iaitu Star Trek Beyond yang dijangka berada di pawagam pada Julai depan. Anton memulakan karier lakonannya sejak berusia sembilan tahun menerusi beberapa filem selain drama bersiri seperti ER, The Practice dan Curb Your Enthusiasm. Antara filem yang melonjakkan namanya sebagai bintang muda berpotensi Hollywood adalah seperti Hearts in Atlantis, Alpha Dog, Charlie Bartlett dan Terminator Salvation. Berita ini sudah pasti menyedihkan seluruh peminat Anton Yelchin yang telah banyak mewarnai dunia perfileman. - CARI Infonet Sumber - mStarOnline/bbc.com |
27
Bagus |
29
Marah |
12
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anne_cheng replied at 21-6-2016 09:18 PM
khen, agak2 klu kete kancil tadi maybe dy masi hidup lagi... btw, rip ...
ADVERTISEMENT