CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rasa Ingin Tahu Kehebatan Islam Dorong Warga Belgium Jadi Muslim

23-6-2016 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5901| Komen: 11

Oleh : TS LOO



sumber foto:  FB 'Starring You'

 

Empat tahun lalu, dia membuat keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk memenuhi impiannya iaitu menjelajah ke seluruh dunia. Kini dia bersinggah di Indonesia dan menghayati bulan Ramadan yang pertama buat dirinya.

Siapa dia?Dia bernama Michael Ruppert,seorang warga kacukan Belanda dan Belgium yang berusia 29 tahun, berjaya menjelajah 60 negara dalam tempoh 4 tahun.


Disebabkan tertarik dengan kehebatan agama Islam, mula menjadi seorang muslim pada September tahun lepas.



sumber foto:  FB 'Starring You'

 

Pada mulanya, Michael bukan seorang muslim dan tidak memahami agama Islam. Ketika ditemuramah media Indonesia, dia memaklumkan mula tertarik dengan agama Islam adalah semasa tumpang tinggal di keluarga muslim di Malaysia dan Indonesia, dan akhirnya memeluk Islam dan menjadi seorang muslim pada umur 28 tahun.


"Ketika tumpang tinggal di keluarga muslim di Malaysia dan Indonesia, perasaan ingin tahu menimbuklkan banyak persoalan buat diri saya seperti apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran? Apa yang mereka buat di masjid? Apa yang diraikan semasa perayaan mereka? Rasa ingin tahu yang kuat ini mendorong saya memeluk agama Islam."

"Ahli keluarga tumpangan mereka tidak pernah memaksa saya menukar agama, tetapi mereka menunjukan kepada saya cara hidup mereka, jadi sebab itu ianya membuatkan saya mengambil keputusan untuk menyertai kelas di masjid temaptan Malaysia dan Indonesia untuk belajar dan mengetahui lebih mendalam mengenai agama Islam. 

Sepanjang penjelajahan, Michael tidak pernah mennginap di hotel, hanya mencari keluarga tempatan untuk tumpang tingga bersama agar dapat mengeanali lebih mendalaman cara hidup, adat resam dan budaya tempatan sesebuah negara itu.


sumber foto:  FB 'Starring You'

 

Michael mempunyai mukasurat khas di Facebooknya yang bernama "Starring You" untuk berkongsi segala pengalaman yang dialaminya sepanjang penjelajahan. Melalui perkongsiannya, dia berharap setiap orang dapat memahami budaya orang lain kerana bagi Michael, hanya dengan cara begitu, barulah individu yang mempunyai budaya berbeza dapat menerima setiap perbezaan yang wujud. 

Bulan Ramadan tahun ini merupakan kali pertama Michael menjalani ibadah berpuasa setelah mengelar dirinya seorang muslim, jadi dia dengan giatnya berkongis perasannya menerusi facebook. Selepas itu, dia juga akan datang ke Malaysia untuk meraikan Hari Raya Aidifitri yang pertama buat dirinya. 

Kini, Michael turut sering memakai songkok dan berpakian baju Melayu di beberapa masjid yang berbeza. Walau bagaimana pun, keluarga kandungnya dan sahabat handai, semuanya berfikiran terbuka dan rasioanl, tiada seorang pun tidak setuju dengan keputusannya.

Setelah memeluk agama Islam, dia akan menjalani ibadah solat selama 5 kali sehari yang sememangnya memberi manfaat buat dirinya. " Saya berasa lebih relaks, fokus dan bersemangat."


sumber foto:  FB 'Starring You'

 

Dia juga menyeru netizen hantar alamat kediaman kepadanya, agar apabila tiba di sesebuah bandaraya, dapatlah dia mengirim poskad dan berkongsi pengalamannya di sepanjang penjelajahan.- CARI
23

Bagus
19

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 23-6-2016 03:41 PM
takde ke yang meratib nak cakap rembes bagai?
Quote JohnDeSouza 23-6-2016 11:12 PM
Alhamdulillahhhh
Quote estrelle 24-6-2016 10:50 AM
Apa komen @miss_nigga
Quote ira79 24-6-2016 01:03 PM
mamat ni dating KL tiap2 bulan rasanya sbb dia xdapat visa direct kat Indonesia.. kena apply kat sinih. rajin gi hiking dan mudah masuk ngan sesapa kenalan baru. yg sweetnyer, setiap kali dia mai KL dia mesti nak try solat jumaat kat masjid berbeza.. tapi kurang masjid yg wat khutbah dlm English.
Quote ohnoLia 24-6-2016 02:42 PM
God bless...
Quote RatuDunia94 26-6-2016 12:11 AM
Xde yg nk amik byek menantu ke? Baiki keturunan cuols..
Quote chinta89 26-6-2016 12:27 PM
rosasa replied at 23-6-2016 03:41 PM
takde ke yang meratib nak cakap rembes bagai?

baru je nk meratib.. i org pertamakah?
Quote gigahertz 27-6-2016 06:03 AM
ira79 replied at 24-6-2016 05:03 AM
mamat ni dating KL tiap2 bulan rasanya sbb dia xdapat visa direct kat Indonesia.. kena apply kat sin ...

Apsal orang putih senang senang buat road tour masuk negara orang tapi orang negara kita sendiri dok hempas pulas carik sesuap nasik? Bangun pagi pukul 8 rempuh jammed. Balik keje kul 5 ptg rempuh jammed lagi.

Aku teringin nak buat macam orang putih tu buat tapi atleast aku nak settle bab rumah dan kereta dulu ( mean habis bayar lah)
Quote batmana 3-7-2016 02:46 PM
gigahertz replied at 27-6-2016 06:03 AM
Apsal orang putih senang senang buat road tour masuk negara orang tapi orang negara kita sendiri d ...

pada akula.. kna tgk kuasa beli, nilai duit negara dia,

dia keje anta pizza setahun je, bole travel sana sni. cube kalu keje lagi bagus, mau leh tahan bertahun2 travel.

bkn cm malaysia, anta pizza, balik2 pi genting, indon, siam.

rata2 pelancong mat salleh aku jupe, bknnye keje engineer,dktor , millionaire ke apa, tapi keje biasa2 je, cikgu cikgi, posmen, technician,
keje2 yg org mesia tk pndang.



Quote gigahertz 3-7-2016 10:29 PM
batmana replied at 3-7-2016 06:46 AM
pada akula.. kna tgk kuasa beli, nilai duit negara dia,

dia keje anta pizza setahun je, bole tr ...

Kebanyakkan posmen juruteknik nk gaji below rm2.5k bermaksud mmg miskin tahap bandar. Kalau dah kahwin mmg kena gabung income dengan bini utk survived. Kalau salah seorang screw up atau damage (sakit,xcident,hilangupaya)
Nak.makan pun susah.
Quote nonok22 15-7-2016 01:18 PM
Alhamdulillah..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.206300 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top