CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri Hilang Kawalan Kala Shopping Raya? Ini Tip Buat Para Suami!

24-6-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6663| Komen: 19

oleh Adib Za




Di kala ini, pastinya ramai yang mula membuat persiapan dan membeli-belah sempena hari raya. Tak sampai dua minggu lagi, jangan terkejut jika semua pusat beli belah penuh dengan para ibu dan isteri. 

Maklumlah mereka inilah yang menghidupkan suasana ceria hari lebaran. Persiapan juga mesti meriah, ditambah dengan pelbagai jualan murah dengan harga runtuhnya!




Namun, dalam pada itu mungkin ada insan yang bernama lelaki atau suami berasa gusar, bagaimana ingin mengelakkan belanja berlebihan, berapa lama lagi yang hendak dihabiskan dalam pusat beli belah itu, anak siapa nak jaga dan sebagainya. 


Nampaknya ia bukan isu biasa-biasa ya, ini kerana seorang netizen bernama Wan Muhd Ali telah berkongsi tip kepada para suami di kala menemani si isteri shopping raya. 

Kenapa bukan isu biasa? Meskipun ia tampak santai namun mesej yang disampaikan dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pasangan suami isteri. Sehingga kini, hampir 20,000 perkongsian daripada status ini sahaja di laman sosial! Hebat!

Mari kita baca apa yang disampaikan oleh netizen ini. 


Gambar hiasan. Sumber: Theheatmalaysia



Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang.

Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan.
Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu.
Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut.

Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman.

Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya.
Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan.

Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba2 ada di sebelah kiri atau kanan, kadang2 hilang terus. Kena call baru jumpa.
Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller.

Ketika isteri sedang pilih2 pakaian dan tanya, cantik tak pakaian tu, jangan cakap semua cantik, tapi pandai2 la komen..

"Macam senget sikit.."
"Warna terang sangat.."
"Rasa2 yang tu lagi sesuai.."

Dan seumpamanya walaupun di mata kita semua nampak sama saja. Isteri kadang2 bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja2 nak manja dan tengok apa kita jawab. Dia tahu citarasa kita bukan best sangat pun.
Maka pandai2 bagi pendapat untuk hiburkan hatinya.
.
Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita kena berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu tu. Isteri biasanya akan tergoda macam nak tergolek atas lantai kalau nampak offer 50%, 70% dan ke atas.

"Bang... Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana Nak dapat ni bang, ni rezeki kita dengan anak2 ni bang. Kalau lambat kompem habis bang! Wajib beli ni!"

Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.

Kita mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat dari bersenam di Gym. Sebaliknya isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira.

Kalau kita rasa kita kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat dari kita.

Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah2 nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping.

Di rumah mereka penat jaga anak dan berhias untuk kita. Jarang2 sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas kita sebagai suami. 

Jika rasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat dari anda. Bersyukurlah...

- CARI
22

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_Kimmy 24-6-2016 02:10 PM
memang betul pun......perempuan kalau shopping memang tak reti penat.....
Quote kicap_madu 24-6-2016 03:13 PM
kalau dorg tnya "cantik tak",  kalau tak cantik pon puji je cantik. kalau tak mampus di ajak lg shopping.
Quote Artemesiaa 24-6-2016 03:29 PM
Sebab tu kena selalu temankan baru boleh builtup stamina
Quote system_failure 24-6-2016 04:18 PM
Aku prnh kehilangan isteri masa kat sogo. Henpon off

Segala penaakulan aku dah cuba utk menjejaki beliau namun tidak ketemuan..

Sedar2 je dia dah kat sebelah aku kat area supermarket masa aku merayau2 beli air utk anak. Padahal masa lost tu kat tingkat baju kanak2.
Hebat betul dia mengesan port gua..
Quote Elle_mujigae 25-6-2016 12:00 AM
Dah pernah baca kat fb tapi baca sekali lagi pun still funny...


Abang sado pun pucat muka dibuatnya.
Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.
Quote Elle_mujigae 25-6-2016 12:01 AM
come on...it is not that bad..Shopping is fun!.. dont know why men dont like it..so weird..huhu
Quote Elle_mujigae 25-6-2016 12:06 AM


hehe...
Quote mziskandar 25-6-2016 12:12 AM
sesiapa yg kehilangan suami/bf kat mall, bleh cuba cari kat..
1. bahgian mainan kanak2.
2. kedai game.
3. foto zoom (atau berhampiran)
Quote cap_ayam 25-6-2016 12:28 AM
Shopping itu merupakan sejenis terapi.. Bagi akak laaa
Quote mujer_in_espejo 25-6-2016 04:39 AM
Shopping itu slh 1 cara nk buang kalori. Jalan kaki stiap floor dgn cepat. Tu style wa. Sblm mula on S Health apps kat henpon, ble kira brpe step kita dh jln, n bpe kalori dah buang    
Quote Esmiria 25-6-2016 05:05 AM
Wey,tgok jenih perempuan. Ada yang jnis shopping sikit2..btw,mak  aku ngak shopping raya ni.
Quote Esmiria 25-6-2016 05:06 AM
aku merasakan artikel ini sgt seksis.Ada je laki bini jakun shopping.Ke feeling akujew ni
Quote hsflndahmd 25-6-2016 11:26 AM
Klu i, laki bini suka shopping. Cuma fulus je takde
Quote Nenasketum 25-6-2016 10:55 PM
Hahaha.... klakar la nasihat ni
Quote RatuDunia94 25-6-2016 11:51 PM
Mne de org x suke shopping waima lelaki pon.. Cumanya shopping kena keluar duit. Cer kalo pree   lelaki pon penuhkan mall sesama..
Quote chinta89 26-6-2016 11:22 AM
menghiburkan hati baca artikel ni
Quote poison_paradise 26-6-2016 01:33 PM
Sukati la Bini nk shopping smpi lebam..duit die kot
Quote fifie_olin 27-6-2016 08:52 AM
sb tu klo g shpg... aku ske g sorang2..mls nk bwk askar2 ni
Quote nonok22 15-7-2016 01:10 PM
Haha boleh plk

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.128378 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top