Oleh : TS LOO
Kejayaan Independence Day lakonan Will Smith pada 1996 memang tidak dapat dinafikan. Berikutan itu, Centropolis Entertainment, TSG Entertainment dan Electric Entertainment mempertaruhkan sekuel filem itu, Independence Day: Resurgence dengan skala pembikinan yang lebih besar dan canggih. Filem yang mengambil latar 20 tahun selepas serangan makhluk asing dahulu ini mengisahkan dunia sekali lagi diserang oleh makhluk asing.
Bagaimanapun kemusnahan global kali ini dalam skala yang tidak dapat digambarkan oleh pancaindera. Demi menyelamatkan dunia, program pertahanan angkasa diwujudkan bagi menyelamatkan bumi daripada kuasa makhluk asing dengan menempatkan pasukan tentera di ruang udara seperti di bulan dan beberapa planet lain. Namun begitu, makhluk asing ini mempunyai teknologi dan kepakaran tinggi untuk menghantar isyarat kepada batalion mereka yang lebih besar dalam usaha mengancam manusia dengan mesin graviti yang sangat kuat. Secara keseluruhannya, bagi anda yang merupakan peminat setia filem terdahulu, anda harus bersedia untuk menerima muka baharu yang mengemudi sekuel kali ini. Di dalam sekuel kali ini, watak Smith dimatikan dan digantikan dengan 'anak tirinya', Dylan Dubrow-Hiller yang dijayakan oleh Jessie Usher. Selain itu, antara pelakon lain yang terlibat adalah Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch dan Liam Hemsworth. Bagi peminat Liam Hemsworth, kemunculannya barangkali amat dinantikan, namun secara keseluruhannya, Liam dilihat tampak janggal mengemudi watak utama. Roland Emmerich sekali lagi diberi kepercayaan sebagai pengarah, dan beliau dalam masa yang sama turut bertindak selaku penulis skrip bersama Dean Devlin, Nicholas Wright, James A Woods dan James Vanderbilt.- CARI sumber info: www.foxmovies.com |
16
Bagus |
13
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT