Oleh : TS LOO Jika di negara kita, ramai anak muda memilih untuk berniaga burger ataupun kiosk makanan di pasaraya mahu pun pasar malam. Namun, berbeza pula dengan kumpulan remaja dari Malawi ini...
Setiap tahun selepas musim menuai, mereka akan kelihatan berdiri di tepi jalan berhampiran kawasan perkampungan di ibu kota Malawi iaitu Lilongwe untuk menjual satay tikus sawah. Sasaran pelanggan mereka adalah pejalan kaki dan pemandu kenderaan yang melalui di kawasan tersebut.
Difahamkan, kumpulan remaja tersebut akan mula menangkap tikus sawah tersebut yang dikatakan keluar dari bawah tanah selepas musim menuai. Tikus sawah yang ditangkap itu akan dimasak dengan air panas dan kemudiannya dipanggang. Selepas itu, tikus sawah yang telah siap dipanggang akan dicucuk secara tersusun pada batang jagung seperti satay daging ayam atau daging lembu di negara kita. Bagi orang lain, snek tersebut mungkin dianggap begitu menjijikkan. Namun, bagi remaja terbabit, penjualan satay tikus sawah adalah punca pendapatan utama untuk keluarganya.- CARI sumber : http://www.bbc.com/
|
25
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
28
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Rainrein replied at 1-7-2016 09:35 PM
Omaiiii. Gelinye haku. Nasib x suka satay sangat. If not time makan tetambah masa raya ni mesti teri ...
ADVERTISEMENT