CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bermula Tahun Depan Pelajar Mungkin Diwajibkan Suntikan Vaksin

2-7-2016 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4151| Komen: 18


Oleh : Dean BZ


Melihat trend ibu bapa di Malaysia menolak anak-anak mereka dari disuntik vaksin atas beberapa sebab, Kementerian Pendidikan bercadang ingin mewajibkan suntikan vaksin kepada semua pelajar selewat-lewatnya tahun depan. 

Memetik laporan BERNAMA, Menterinya Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan suntikan vaksin dalam melindungi pelajar daripada wabak penyakit. 

"Kita akan mewujudkan pasukan khas dianggotai pihak berkepentingan termasuk pakar perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertukar pandangan dan pendapat sebelum dibentangkan ke Kabinet. "Saya berpendapat suntikan vaksin perlu diwajibkan tetapi kita ikut prosedur dan menunggu laporan lengkap Kementerian Kesihatan selepas hari raya. "Kalau boleh, saya mahu ia diwajibkan tahun ini atau paling lewat awal tahun depan," katanya selepas majlis sumbangan hadiah peringkat Parlimen Padang Terap di sini, hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengenai suntikan vaksin kepada pelajar. 

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka, manakala seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut meninggal dunia di Kedah akibat bakteria sama.

Ibu bapa di Malaysia mula menolak anak-anak mereka dari disuntik vaksin kerana kandungannya diragui dan tiada pengesahan halal. Selain itu, ada ura-ura yang mengatakan bahwa kesan vaksin dilihat tidak baik berbanding kanak-kanak yang bebas vaksin yang sentiasa sihat. Namun sejauh manakah kebenaran itu?

“Ibu bapa yang anti vaksin ini membawa risiko kembalinya penyakit , menyebabkan masalah yang lebih besar bukan sahaja kepada pihak berkuasa kesihatan tetapi juga kepada komuniti dan negara.”- Dr. Shaikh Mohd memberitahu The Star. - CARI.


13

Bagus
8

Marah
24

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 2-7-2016 03:48 PM
bagusla, biar puak antivak ni hidup dalam dilema. parents yang tak bertanggungjawab.
Quote honeybee1802 2-7-2016 04:02 PM
Bgs no vaccine no school
Quote slavehunter 2-7-2016 04:07 PM
Kenapa la disease tak kene kpd anak anti vac ni.........oppppsss! sorry......terlepas mulut celupar.
Quote sarahmirza 2-7-2016 04:26 PM
Kali ni gue sokong.
No vaccine, no school.
Rasain la mak bapak yg konon bijak sangat.

Quote wana89 2-7-2016 04:35 PM
Yup wana setuju
Kena ajar ummah2 menyusah orang
Tapi boleh beri pengecualian untuk orang2 yg ada alergik utk sesetengah vaksin atau sesetengah kes.. Yg xada alasan.. Cuma alasan habastulsauda bagai.. Kena buat tegas ni vaccine no school..
Quote dizzzzek 2-7-2016 05:28 PM
yang haram sangat tak nak disuntik biar je la
Quote cepheid 2-7-2016 05:34 PM
Memang tak wajib ke skrg? Dulu-dulu aku ingat lagi masa darjah satu nurse datang sekolah bagi injection dan cop kat surat beranak. Ada kawan aku tak ambil suntikan vaksin apa tah (berdasarkan cop kat surat beranak tu) kena inject balik.
Quote rayna_raynes 2-7-2016 05:43 PM
kalau wajibkan harap-harap KKM buat vaccine injury compensation program jugak.
Quote ALDRIN 2-7-2016 06:26 PM
cepheid replied at 2-7-2016 05:34 PM
Memang tak wajib ke skrg? Dulu-dulu aku ingat lagi masa darjah satu nurse datang sekolah bagi inject ...

skrg ni x diwajibkan..
kecuali terjadinya "outbreak" baru le jatuh hukum wajib semua divaksin..


Akta dlm yg mewajibkan vaksin dikalangan bayi n kanak2 mmg x de bwh KKM...itu yg iols dgt cerita la



Quote dodolgemok 2-7-2016 06:35 PM
Cash cash cash buat antivax @Euro_2016
Quote cmf_jeangrey 2-7-2016 08:21 PM
Bagus la
Ajarin parents yg hidup di zaman purba tu
Quote dinopower 2-7-2016 08:26 PM
wana89 replied at 2-7-2016 04:35 PM
Yup wana setuju
Kena ajar ummah2 menyusah orang
Tapi boleh beri pengecualian untuk orang2 yg ...

salam habatus sauda sis
Quote honeybee1802 2-7-2016 09:22 PM
Rupanya negeri kedah penyumbang anti vax malaysia yer?saper org kedah pls explain
Quote akusukaq 6-7-2016 10:16 PM
anak anak anti vax kena buat home school le
Quote lkick2113 6-7-2016 10:35 PM
dinopower replied at 2-7-2016 08:26 PM
salam habatus sauda sis

Makanan sunnah dino, makanan sunnah
Quote barfi 21-7-2016 02:52 PM
Enam lagi pesakit di Negeri Sembilan didapati positif difteria termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 12 tahun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata empat pesakit merupakan anak kepada pesakit kes pertama iaitu seorang suri rumah berusia 41 tahun dari Kg Durian Daun, Rembau.

"Anak pesakit yang berusia 15 tahun dimasukkan ke Wad Isolasi Hospital
Tuanku Jaafar (HTJ) pada Isnin lepas, manakala tiga lagi yang berusia lapan, 12 dan 21 tahun dimasukkan ke Wad Isolasi HTJ semalam.

"Dua lagi yang positif difteria merupakan staf Klinik Kesihatan Rembau yang merawat pesakit sebelum ini," katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau berkata seorang kakitangan wanita berusia 50 tahun dimasukkan ke Hospital Tampin pagi tadi dan seorang lagi kakitangan lelaki berusia 28 tahun dikuarantin di rumahnya.

Dr Abdul Rahim berkata kesemua tujuh pesakit berkenaan dalam keadaan stabil.

"Hasil pemantauan dan pemeriksaan ke atas ahli keluarga pesakit yang
lain dan penduduk setempat, mendapati mereka tidak menunjukkan tanda-tanda difteria.

"Walau bagaimanapun, pemantauan masih berterusan kerana virus difteria mudah merebak terutamanya melalui titisan udara, batuk dan perkongsian alatan yang sama," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan
sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan difteria seperti pernah berhubung dengan pesakit, demam, suara serak, sakit tekak dan bengkak dalam kerongkong.

"Jumpa doktor dengan segera kerana rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan dapat mengawal penyakit ini daripada merebak meluas.

"Kebimbangan kita ialah kanak-kanak dan bayi yang belum lengkap imunisasi kerana mereka kurang ketahanan antibodi untuk melawan penyakit ini," katanya.

Dr Abdul Rahim berkata kesemua anak pesakit mendapat imunisasi yang lengkap.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi yang lengkap dan pihaknya juga kini sedang giat mengesan kanak-kanak yang tercicir daripada program imunisasi.

"Daripada data yang kita ada, hanya dua peratus kanak-kanak di negeri ini tidak mendapat imunisasi yang lengkap dan bagi ibu bapa yang menolak untuk menvaksinkan anak mereka, kita akan memberi kaunseling kepada mereka," katanya.

Bagi difteria, katanya vaksin diberi percuma di hospital dan klinik kerajaan dan ibu bapa perlu memastikan anak mereka di bawah umur tujuh tahun mendapat imunisasi 5-serangkai yang lengkap bagi memberi perlindungan optimum dan mengelak daripada mendapat jangkitan.

Dengan kes terbaru itu, jumlah kes difteria di negara ini kini adalah
sebanyak 21 kes, termasuk lima kematian iaitu di Melaka (tiga kes, satu
kematian), Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan tujuh kes.

-Malaysiakini
Quote barfi 21-7-2016 02:53 PM
Dr Abdul Rahim berkata kesemua anak pesakit mendapat imunisasi yang lengkap.
Quote keren 21-7-2016 06:32 PM
Bagus la
Good move

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.092870 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top