CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejaka Bombay Digelar 'Anak Syaitan' Oleh Keluarganya

4-7-2016 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8704| Komen: 11

Oleh : TS LOO


Masih ingat tak zaman kanak-kanak dahulu ada rancangan kartun "Popeye The Sailorman"?


Kisahnya mengenai seorang pelaut, setelah makan sayur bayam, badannya mampu bertumbuh menjadi besar untuk melawan dengan orang yang membulinya.

Kehebatan tersebut turut berlaku ke atas seorang jejaka India di bahagian kanan lengannya.

Bagaimana pun, kehebatan tersebut tidak memberi kebaikan buat dirinya sebaliknya membawa pelbagai cabaran dalam kehidupannya. 
 


Jejaka yang dimaksukan itu bernama Bablu Pashi berusia 25 tahun, disebabkan mengalami sejenis penyakit yang memperlihatkan bahagian lengan kanannya bertumbuh menjadi semakin besar sehingga beratnya mencecah 20kg. 


Oleh sebab itu, Bablu Pashi bukan sahaja dipanggil oleh jiran tetangganya sebagai 'anak syaitan', malah keluarganya rasa terhina dengan penyakitnya dan memutuskan hubungan dengannya. 

Maka dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya pergi ke bandaraya yang lain untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan yang baru, namun ketika di sana dia tetap mengalami penghinaan yang sama.

Bablu Pashi meninggalkan kampungnya dan datang ke Bombay, tetapi nasib malangnya tetap tidak berubah.



Baru-baru ini, seorang wartawan tempatan mengekorinya dan menjejaki kehidupannya, sekali gus mendapati lengan Bablu Pashi yang luar biasa besar saiznya menyebabkan usahanya mencari kerja berdepan kesukaran dan rintangan, Sikap masyarakat tempatan sama saja dengan ahli keluarganya yang berada di kampung.

Wartawan berkenaan melaporkan, akibat penyakit tersebut menyebabkan dia terpaksa berpindah ke Bombay. Mulanya dia beranggapan dirinya boleh menyembunyi di kelompok masyarakat tempatan, lepas itu dia mulakan kehidupan baru nya di sini. 

Tetapi, apa yang dihadapinya hanyalah pengalaman yang sama seperti sebelum ini, ini kerana masyarakat umum semua takut dengan lengannya yang luar biasa besar. 


Bablu Pashi turut berasa susah untuk mengangkat gelas yang berisi air dengan menggunakan tangan kanannya yang memperlihatkan semakin hari semakin bertumbuh besar. 

Menurutnya, sejak pindah ke Bombay menghadapi banyak rintangan dalam usaha mencari kerja. 

Wartawan berkenaan melaporkan, sekiranya Bablu Pashi memperolehi rawatan yang sempurna, tangannya yang mempunyai berat 20kg itu dapat dikurangkan menjadi normal saiz. 

Tetapi doktor pula memaklumkan tangannya tidak mingkin dapat menjadi normal semula sebab keadaan penyakitnya sudah berada di peringkat yang terakhir.

Penyakit Gergasi atau juga dipanggil Penyakit Tumbesaran Bahagian Tubuh Badan adalah disebabkan penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan di dalam badan sesorang itu. 

Penyakit tersebut akan mengakibatkan sesetengah bahagian badan mengalami keadaan tumbesaran yang melampau, lazimnya adalah pada jari tangan dan jari kaki. 

Namun, apa yang berlaku ke atas Bablu Pashi adalah keseluruhan tangannya mengalami tumbesaran yang melampau.- CARI 





3

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 4-7-2016 12:27 PM
Susah2 cari kerja,masuk saja sukan tinju.senang cover muka dgn tangan tu.
Quote kuzaime 4-7-2016 02:16 PM
Kesian..mcmlah dia mintak n suka ada penyakit mcm tu. Kot org luar pandang pelik x mustahil..ni kluarga sndiri pun sama..oh dunia...
Quote Artemesiaa 4-7-2016 02:37 PM
Ni le dunia bila ada yang nampak pelik sikit mula le dicemuh dan dihina tak hairan le kalau ia termasuk dari ahli keluarga sendiri.
Quote imransulaiman 4-7-2016 08:18 PM
Apa yang dia korek tu?
Quote oppol 4-7-2016 09:44 PM
imransulaiman replied at 4-7-2016 08:18 PM
Apa yang dia korek tu?

Serbuk bayam.... :zz  :zz
Quote CiliPadiSedap 5-7-2016 12:38 AM
ni penyakit untut gajah.

punca daripada nyamuk

masih tiada ubat penyakit ni

kawasan berisiko tepi sungai kawasan kotor yang banyak nyamuk

berhati hatilah siapa2 blh terkena

kat malaysia ada je penyakit ni

ada cakap daripada cakar kucing

tp pe akak study daripada nyamuk
Quote awanbiru0101 5-7-2016 08:39 AM
penah tgk sakit mcm ni tp di bhgn kaki kat negeri omputeh. tp depa positif dgn insan2 yang tak bernasib baik ni.

siap kwn dia tlg hantar ulang alik ke hosp buat treatment.

tp asian country? ermm....
Quote nut.legacy 5-7-2016 08:40 AM
kesian nye.. org sisih dia pasal penyakit.. sana mcm2 benda jadi taboo untuk cultural diorang.. kdg kesian yg mangsa rogol kene sisih and hina..
Quote saladin780 7-7-2016 09:56 PM
negara2 camni (indonesia, india, etc) banyak betul penyakit pelik2..adakah sebab dorg x kena vaksin time kecik2 dulu?
Quote ero_sennin 7-7-2016 10:32 PM
Kat sana gitulah,  kalau bagi duit, baik, terus dapat title tuhan/dewa. Kalau pelik skit dapat title setan.
Quote awaynepian 8-7-2016 02:36 PM
CiliPadiSedap replied at 5-7-2016 12:38 AM
ni penyakit untut gajah.

punca daripada nyamuk

A very nice info..tq n slamat hari raya cili..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.049621 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top