CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syawal Lebih Bermakna, Ameng Kembali Bersatu Dengan Isteri Dan Anak-Anak

11-7-2016 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9643| Komen: 29

oleh Adib Za

Penyanyi Ameng yang telah bebas daripada hukuman penjara lapan tahun pada 14 Jun lalu, meraikan Syawal penuh bermakna bersama isteri tercinta, Sabariah Zakaria, 46 dan juga anak mereka Wan Amar Haikal, 9.


Ameng yang berusia 48 tahun, menerusi temubual bersama Harian Metro berkongsi aktiviti lebarannya tahun ini yang diraikan di kampung isterinya di Masjid Tanah, Melaka. 

“Sekarang saya sibuk dengan nyanyian dan program ilmiah. Ia dunia baru saya dan belum pernah saya lalui sebelum masuk penjara.

“Aidiladha nanti saya balik ke pantai timur pula. Layanan keluarga Sabariah sangat mesra dan mereka sudah melupakan apa yang berlaku.

“Seronoknya kali ini saya beraya dengan memakai pakaian yang dihadiahkan beberapa pereka terkenal serta rakan artis dan tak perlu membeli lagi.


Foto Ihsan Mstar Online



“Terima kasih kepada Den Wahab yang menghadiahi baju Melayu buat saya dan Haikal. Begitu juga dua set jubah untuk kami sekeluarga dihadiahkan Heliza Helmi, Diana Amir dan Salima ketika saya terbabit dalam program Himpunan Artis Sayang Al Quran pada Ramadan lalu.

“Saya juga menerima baju Melayu berwarna hijau yang ditaja Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sepatutnya baju Melayu ini dipakai dalam satu majlis anjuran mereka tetapi ia dibatalkan," ujarnya. 

Ameng juga berkata dia berasa terharu apabila dapat bersama kembali dengan anaknya Wan Az Aleesa, 20 dan juga Wan Azevanatassha, 15 hasil perkahwinan terdahulunya dengan penerbit Datuk A. Aida. 

“Saya tak lupa bagi duit raya kepada mereka. Lebih mengharukan, mereka datang cari saya selepas saya dibebaskan. Saya juga bercadang ganti hadiah hari jadi mereka sepanjang lima tahun dipenjara," terangnya. - CARI


Sumber: Harian Metro


Foto Ihsan Mstar Online

31

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
35

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ana_una 11-7-2016 12:33 PM
sebak plak baca bila ameng kata nak ganti balik hadiah harijadi tu..

Quote tomet05 11-7-2016 01:53 PM
ana_una replied at 11-7-2016 12:33 PM
sebak plak baca bila ameng kata nak ganti balik hadiah harijadi tu..

kann ..
hargailah apa yang ada
Quote katak hijau 11-7-2016 02:17 PM
Cantik2 anak dia
Quote sukacactus 11-7-2016 02:17 PM
Bagusla ank2 ingat lagi kat dia
Igtkan a aida xkasi jumpa dah
Quote Loloq89 11-7-2016 03:42 PM
gemuk beliau dalam penjara ye
Quote maxim 11-7-2016 03:47 PM
Syukur ya rabbi
Quote nrsr 11-7-2016 05:26 PM
Cantik anak2 dia dgn a aida. Respect wife dia ni setia sgt.
Quote JerukBuaya 11-7-2016 05:28 PM
sampaiiiiiiiiiiiiii hatiiiii
Quote Pinkjam 11-7-2016 05:31 PM
Bagus ameng ni.. Hopefully dia x kembali terjebak dgn taik dadah la
Quote babynina30 11-7-2016 06:05 PM
Gi smyg raya msjid pt betak ke aritu bang?
Quote barfi 11-7-2016 06:14 PM
Bagus betul bini dia setia tunggu dia 5tahun..
Quote amiraira 11-7-2016 06:31 PM
jodoh mereka kuat .....
Quote mbk 11-7-2016 09:22 PM
Moga bahagia Dan berkekalan. Amin. Baguslah ameng dah insaf.
Quote joey_mcintrye 11-7-2016 10:50 PM
Macam tu la ex wife yg bagus. Jgn memisahkan hubungan antara ayah dgn anak walaupun ex suami tu dulu tak berguna.
Quote pr3ttytw33ty 11-7-2016 11:06 PM
lawa2 anak ngan ex. dh leh timang menantu ni. eh timang cucu
Quote melove2016 12-7-2016 08:16 AM
Lawa anak2 perempuan dia
Quote macek2471 12-7-2016 08:31 AM
semoga lepas ni tak buat lg la ye.. salute bini die sggup tunggu
Quote mimzat 12-7-2016 08:53 AM
Semoga Ameng terus beristiqamah dalam kehidupan baru...  Aamiin.
Quote tang_ginger81 12-7-2016 09:09 AM
Syukurla ameng sedar pengorbanan n kesetiaan isterinya. Harap x terjebak balik.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041669 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top