Oleh : Dean BZ
Tanggungjawab seorang suami sangatlah besar iaitu sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menyediakan keperluan harian seperti makan minum dan pakaian kepada isteri dan anak-anak. Selain itu, memberi didikan dunia dan akhirat juga menjadi salah satu tugas buat para suami. Soal kewangan adalah yang selalu menjadi isu besar dalam masalah rumahtangga hingga ada ramai pasangan yang bercerai berai kerana suami tidak mampu menyara si isteri. Untuk mengelakkan pergaduhan, si isteri perlulah ambil tahu tentang status kewangan si suami setiap masa sebelum memarahi si suami kerana tidak mempunyai wang. Jadi jika tahu suami anda tengah tiada duit, berehat sahaja lah dirumah dan kurangkan aktiviti luar terutamanya membeli belah. Joms semak tanda-tanda suami anda tengah pokai.
Anda perlu segera bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut: 1. Menghabiskan masa di rumah Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu. “Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan. 2. Menonton Online Movie atau Main Video Game di rumah Saat si dia poket kering, menonton online movie di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa movie sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.” 3. Makan di gerai murah Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah. 4. Pulang awal Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama. Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.” 5. Tiada hadiah ulang tahun Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…” 6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.” 7. Destinasi legenda jadi pilihan Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo. Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.” 8. Hanya menemani “Maaf, saya sudah pun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu. 9. Whatsapp sahaja Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau Whatsapp. Alasannya: “Apa kata kita Whatsapp sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.” 10. Kereta rosak Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih. Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya. Jadi sebagai isteri, anda perlulah bijak mengawal keadaaan ketika poket suami tengah kering. Sama-samalah bantu membantu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi, dan bukannya hanya tahu membebel saja. - CARI Sumber: Laman Kongsi |
20
Bagus |
11
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
22
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terma2nkondisi2 replied at 16-7-2016 03:31 AM
ada tak laki bini yg duduk semeja, masing2 tunjuk berapa banyak duit yg ada dlm akaun masing2 dan be ...
bunga_lestari replied at 19-7-2016 10:07 AM
aku rasa kalau zaman bujang dulu mungkinlaa boifren mengelak bg alasan mcmtu.. ni ex2 boifren laa.. ...
Lemon_juice replied at 18-7-2016 06:13 PM
Hmm..setiap bln time gaji kna wat bajet sama2 la..susah sama susah senang sama2 senang
Mannak3.3 replied at 19-7-2016 12:04 PM
Wow so cewiiiiiiittttttttt........
Cuma satu jerk manak nak tanya, kalau satu hari nanti come a ...
Mannak3.3 replied at 19-7-2016 12:06 PM
Provided kalau Dua Dua bekerja...Tapi kalau isteri jerk Yang bekerja...suami goyang buah ladom kat ...
qemon replied at 21-7-2016 09:34 PM
Ade gak beberapa kali short duit sebelum tiba next gaji. Dgn komitmen dan kdg2 benda emergency. Tp s ...
Mannak3.4 replied at 23-7-2016 05:50 AM
Hang ada pernah dok bincang dgn suami tak?????..agak agak sampai bila hang kena kuar bekerja????
...
qemon replied at 23-7-2016 04:23 PM
Masalah ko kenapa eh? Ada aku merungut ke? Memang dua2 keluar bekerja mencari rezeki dan aku pun ...
ADVERTISEMENT