oleh Adib ZA Kisah penyanyi 80-an yang mendapat jolokan Tina Turner Malaysia, Sahara Yaacob mendapat perhatian apabila adanya laporan daripada Berita Harian melaporkan tentang kedaifan yang dilaluinya kini. Melalui laporan pada Ahad lalu, Sahara dikatakan hidup sendirian dalam bilik stor yang dibina di kawasan rumah arwah kakaknya di Hulu Langat. Cerita tentang perkembangan terbaru Sahara itu mendapat perhatian banyak pihak termasuk SENIMAN yang membantunya mendapatkan rumah DBKL. Nampaknya, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan bila pihak DBKL telah meluluskan permohonan penyewaan sebuah unit kediaman PPR Seri Alam Sungai Besi kepada penyanyi itu bermula 1 Ogos. "Terima kasih kepada semua pihak, terutama BH, yang memaparkan kisah saya selain agensi dan persatuan yang menghulurkan bantuan. Hanya syukur yang mampu saya luahkan. "Sudah pasti keprihatinan mereka seakan-akan membawa sinar dan menyuntik semangat untuk saya terus melangkah serta meneruskan kehidupan dengan lebih optimis," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Sahara merancang untuk mengadakan konsert 'selamat jalan' secara besar-besaran pada tahun hadapan. - CARI Sumber: Berita Harian
|
20
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
19
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
toxicated replied at 16-7-2016 03:19 PM
So ade la betulnye ckp si david teo kan uols?
rosmahisham replied at 16-7-2016 05:49 PM
tetiba terigt tea lady kt ofis lama..dlm x de duit tu pon gigih beli kosmetik..berlip liner bagai..n ...
virgo19 replied at 16-7-2016 05:21 PM
Dulu rasanya dia pernah kawin dgn vip kan.. takkan dh cerai tak dapat rumah walau sekecik2 pun? Sia2 ...
NAT_11 replied at 16-7-2016 07:16 PM
Dia ni hidup memang susahlah.
Tak silap umor 15 dah nyanyi nite club.
Dia kawen orang putih tua ...
LembingDayanti replied at 16-7-2016 07:39 PM
nampak kat berita mana ntah yg DJ Dave datang kasi sumbangan RM2K. I walaupun tak kenal Sahara ni sa ...
ADVERTISEMENT