CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lufya Bertunang Dengan Doktor, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

21-7-2016 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 46014| Komen: 248

Oleh Izzah Abbasy

Penyanyi dan pelakon cantik Lufya atau nama sebenarnya, Lufyah Sheikh Omar bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor kacak, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Hal ini disahkan sendiri oleh tunang Lufya, Dr. Che Muhammad Hafiz memetik kenyataan yang disiarkan portal Media Hiburan.

Foto : Instagram Lufya


“Kami telah berkenalan hampir setahun dan pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan di kediaman Lufya di Damansara.

“Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan,” ujar tunang penyanyi tersebut.

Lufya merupakan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri Lufya yang berjaya menambat hatinya Che Muhammad Hafiz berkata, “Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

“Soal kerjaya saya pun Lufya sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya,” katanya lagi.

Semoga segala perancangan yang telah diatur Lufya dan tunang berjalan dengan lancar.

Tahniah Lufya, selamat melangkah ke alam perkahwinan!











14

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mixed 20-7-2016 02:41 PM
Lufya Omar pilih doktor
KHADIJAH IBRAHIM  |  18 Julai 2016 9:31 PM


1968 10 Google +0


KUALA LUMPUR 18 Julai - Pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 31, bakal mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, selewat-lewatnya pada tahun ini atau awal tahun hadapan.

Che Muhammad Hafiz Che Baharum, tunang Lufya Omar yang diambil dari Instagram Lufya.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telah bertunang dengan Che Muhammad Hafiz, seorang doktor pada akhir bulan Ramadan lalu.
“Kami bukan buat majlis bertunang besar pun, sekadar hantar cincin tanda saja. Hanya keluarga terdekat saja yang hadir. Belum ada tarikh tetap untuk melangsungkan pernikahan.
“Kalau boleh tahun ini juga sebab perkara baik buat apa ditangguh-tangguhkan. Apa-apapun kena tengok pada jadual kerja dia juga, sebab dia pun sibuk, Kalau tak tahun ini mungkin awal tahun depan,” katanya kepada Utusan Online hari ini.
Menurut Lufya, dia sudah mengenali doktor yang berasal dari Kelantan itu sejak setahun lebih ketika beraya di salah sebuah rumah kenalan.
Kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, pemuda tersebut menjadi pilihan hatinya kerana Che Muhammad Hafiz mempunyai sikap mengambil berat dan mudah mesra.
“Mungkin tugasnya sebagai doktor membuatkan dia mudah membawa diri di mana sahaja berada dan keluarga saya juga senang dengan sikapnya,” katanya. - UTUSAN


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.pSUwHAYL.dpuf
Quote hotmak 20-7-2016 02:44 PM
Wah tahniah tahniah
Quote de_ikea 20-7-2016 02:46 PM
Tahniah.. Semoga majlis dan perancangan lancar. Hensem orangnya
Quote primadonia 20-7-2016 02:46 PM
Wah hensem nau tunang
Tahniah
Quote anony-mous 20-7-2016 02:47 PM
Hensem gilerrr nokssss
Quote minahsleepy 20-7-2016 02:55 PM
hensem lg doctor ni dari doctor say shazril  tu
Quote jerukkedondong 20-7-2016 02:55 PM
Untong laaaa..
ada iras2 Dr Say Shazril....
Quote mangkok 20-7-2016 02:56 PM
Alhamdulillah. Semoga berkekalan.
Quote melissa~~ 20-7-2016 02:56 PM
tahniah
Quote kakJOYah 20-7-2016 02:57 PM
sama cantik sama padan
Quote Mierafaziera 20-7-2016 02:57 PM
wahhhhhhhhh
Quote pia250110 20-7-2016 03:12 PM
erm buke lampu 24 jam la jwpnye
Quote lilacomot 20-7-2016 03:12 PM
tahniah...ensemnye
Quote simatakucing 20-7-2016 03:16 PM
Muke areb nama melayu,konpem comey dpt anak nanti
Quote gerbera.memopad 20-7-2016 03:18 PM
Ok, hensem.

Tahniah
Quote Usa.Gi 20-7-2016 03:18 PM
Cantik baka dua dua ni. Tahniah.
Quote Yongpallie 20-7-2016 03:19 PM
Nice catch, lufya!
Quote bambimo 20-7-2016 03:20 PM
tahniah lufya...
dua2 ada mix arab..anak2 nnti boleh geng dgn ecah hihihi
Quote epis 20-7-2016 03:33 PM
muka tunang iras say syazril dgn syed saddiq...

Lihat semua komen(248)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.151778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top