oleh Adib Za Pelakon Ruhainies kini lebih senang membawa ibunya ke mana sahaja bila berurusan untuk mengelakkan pelbagai perkara negatif berlaku seperti kontroversi dan gosip liar.
“Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. "Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan. Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. “Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi ketika keluar. Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan," ujarnya kepada Berita Harian. Nyata ia merupakan satu langkah bijak terutama bagi pelakon yang baru melonjak naik seperti Ruhainies. - CARI
Sumber: Berita Harian |
starcity replied at 28-7-2016 12:42 PM
Kakak dia tu mak dia tak nak temankan gak ke? Ramai artis yg mak teman tapi relax je boleh berskanda ...
damian_lee replied at 28-7-2016 01:44 PM
katanya ini adalah plan untuk naikkan nama jer ...
mieymiey replied at 28-7-2016 01:59 PM
Nampaknya berjaya juga plan sheols yerr. Buktinya dengan berapa banyak benang dah dibuka pasal she ...
ADVERTISEMENT